Sunday, September 7, 2014

tahun dua tapi tahun satu

bismillahirrahmanirrahim.

maka bermulalah kisah tahun kedua sem satu di uiam hari nie. zahirnya tahun kedua tapi hakikatnya tahun satu dalam urp nie. orang lain dah masuk tahun dua aku baru merangkak tahun satu. heh. takpe. ada hikmah la tuh kenapa Allah takdirkan aku tukar kos. nak suruh berlama-lama di uia nie mungkin. haha.

awak, doakan saya yer. terima kasih.

takut sebenarnya nak hadapi kos nie sebab kehidupan zombie aku bakal bermula kembali. bertapa di studio siang dan malam. mengadap plan-plan tanah. pergi site setiap satu projek yang bakal dapat. heh. dari kos yang rileks pilih kos yang super duper busy. entah. hati yang suruh. ikut jer. moga ini yang terbaik. yang penting belajar, yang penting ada ilmu dan yang lagi penting kutip beribu-ribu pengalaman yang bakal dapat. insyaAllah.

moga dapat perform yang terbaik sem nie.




Wednesday, August 27, 2014

Allah sayang

[kisah minggu lepas]

Retak seribu hati aku seretak skrin handset yang jatuh pada hari yang sama bila dengar explaination doktor yang rawat aku hari tu. diuji dengan satu penyakit yang bakal menemani sepanjang hidup. lepas berminggu menahan sampai satu saat yang tak tertanggung pergi jugak jumpa doktor.
" awak memang akan tanggung sakit nie selamanya, sebab penyakit nie memang tak sembuh"
Luluh hati dengar. Ujian Allah bagi. tak tahu nak cakap ujian je apa. entah. rasa macam tak layak. sebab ramai lagi manusia yang Dia uji. tapi aku ujian nie takde pape pon, boleh lagi buat kerja. hidup macam biasa. moga Allah bagi kekuatan untuk hadapi semua nie. Aku tahu Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan aku. insyaAllah kuat. kuat. kuat.


Kalau dulu memang tak pernah suka makan ubat, sekarang kena paksa diri makan. kalau dulu tak pernah nak amik tahu kalau sakit ke apa, sekarang kalau sakit kena terus check kot, takut effect tempat lain. takut makin teruk. ini lah sebab terbesar aku, tak suka jumpa doktor, sebab aku tak nak tahu penyakit apa yang aku ada. tak nak tahu sebab tak nak sedih. tak nak rasa terbeban dengan semua nie. aku nak hidup bebas tanpa pikir yang ada benda yang menyekat. hmm. insyaAllah everything went well.

Sakit tanda Allah sayang. moga.

Monday, August 18, 2014

cerita pedoman


Mengucap panjang dengar kisah sepupu aku hari nie. kisah penceraian yang lagi tepat kot. kisah perkahwinan yang hanya mencecah setahun 2bulan tapi akhirnya hancur berkecai begitu sahaja di saat anak baru berusia beberapa hari. allahuakbar. bila aku dengar tu, perasaan takut makin tebal dalam diri. dan entry nie bukan untuk mengaibkan dia tapi untuk jadikan pengajaran dan pedoman untuk aku. untuk aku pikir dan buat keputusan terbaik untuk hidup masa depan nanti.. insyaALLAH.

sepupu aku kawen tahun lepas, perkahwinan jarak jauh. oh ya, sepupu aku nie perempuan. dia duduk kelantan, hasbeng dia dekat pahang. masa pihak laki datang merisik dulu, aku ada sekali. dengar perbincangan mereka. laki nie duduk pahang, kerja pon kat sana. masing-masing jadi tulang belakang keluarga. mungkin. sebab sepupu aku nie ayah dah takde, dalam family dia pulak dia sorang yang boleh drive so kalau nak pergi mana-mana kira dialah driver. bekas suami dia pulak tulang belakang mak ayah dia kat sana sebab abang-abang kekakak dia semua duduk luar, kira dialah yang sara mak ayah dan adik-adik dia kat rumah tu. lelaki tu keje biasa biasa-biasa je. sepupu aku pon.

 tak tahu kisah permulaan masalah tu macamane tapi mungkin sebab masing-masing tak nak mengalah supaya statik tempat sama. yelah, dulu masa merisik laki tuh janji akan bincang hal tempat tinggal, dan dah janji jugak willing untuk pindah duduk kelantan dengan sepupu aku nie so yang mendengar semua bersetujulah. kira serah pada mereka lah macamane nak settle nanti. dan aku boleh cakap itulah penyebab terbesar dan punca sebenar masing-masing. ego tak nak mengalah. dan aku kat sini bukan nak defend sepupu aku sangat pon sebab aku dengar cerita sebelah pihak, pihak laki sana aku tak dengar. tapi kalau mengikut yang diaorang cerita. sebenarnya sepupu aku pon ada salah. dan bertambah lagi masalahnya bila campur tangan orang ketiga yakni mak ayah dan family. dan akhirnya sepupu aku dicerai hanya melalui khidmat pesanan ringkas dengan satu lafaz keramat itu. 

point yang aku nak masuk. bila kau sorang perempuan dan bila ada akad yang membuatkan kau dah terikat dengan sorang hamba ALLAH yang bernama lelaki maka sudah menjadi kewajipan yang wajib dan tanggungjawab terbesar kau adalah mengikuti segala arahan lelaki tuh selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. itu yang islam ajar. masalah perkahwinan jarak jauh sebenarnya tak jadi masalah besar pon kalau pikir logik. sedang orang yang bercinta mampu harungi ujian tu inikan pulak orang dah kawen. sebenarnya lah. tapi yang jadi masalah bila ada campur tangan orang ketiga yang sentiasa jadi batu api yang cakap itu ini. tak laksanakan tanggungjawab lah itu lah inilah.sepupu aku mungkin salah sebab dia pon taknak duduk dekat pahang sebab dia dah selesa kerja kat rumah tu. jahit baju. pelanggan pon dah ramai.  bekas suami sepupu aku tu muda setahun dari dia dan mungkin sebab tu dia tak mampu nak berpikir panjang maka tanpa sedar terlafaz ayat keramat tuh. 

aku kesian. aku kesiankan anak yang baru lahir ke dunia tu. tapi malang tak sempat nak merasai kasih sayang sebuah family yang lengkap dari kecil lagi. itu yang buat aku terkilan. kenapa tak boleh nak settle benda tu elok-elok, tak boleh ke pikir pasal anak tu nanti. sepupu aku cakap dia dah trauma. dilayan macam orang tak wujud oleh suami sendiri. sebab tu dia tak boleh nak terima balik kot. lelaki tu pon tak buat apa-apa. takde usaha nak baik balik. 

sepupu aku mungkin salah dan bekas suami dia pon salah. tak boleh nak pikir panjang dan kawal perasaan. akhirnya itulah jalan terbaik. mungkin.
--------------------------------------

aku teringat conversation aku dengan kekakak aku satu petang yang indah dulu. dapat kursus kawen free dari dorang. dorang bagi nasihat. kalau nak kawen  pilih yang solat. bukan setakat yang solat tapi jaga solat. maksudnya yang solat awal waktu, solat berjemaah. baru rumahtangga selamat, aman, insyaALLAH sebab solat segala-galanya. bukan setakat hal kawen tapi semua. bila settle solat, insyaALLAH yang lain pon settle. aku yang dengar hanya mampu mengganguk tapi aku bersetuju. itu syarat terbesar kot. nikah kawen nie bukan satu hak yang kecik, hal besar sebab kau nak idup dengan dia buat selama-lamanya hingga syurga, biiznillah. kalau solat tak settle, kau rasa hal lain cane? contoh pegi shopping. kalau orang yang memang alert waktu solat memang akan sentiasa tengok jam dan solat kat sana. tapi kalau orang yang solat pon on off memang solat tak masuk list shopping. nampak tak perbezaan? tapi bila pikir balik, layak ke nak dapat yang gtuu. haish,, aku tak baik pon weh. 

teringat lagi kata-kata lecturer aku, madam isfadiah yang selalu keluar tv tuu. dia cakap kalau nak cari pasangan doa dari sekarang. bukan sebab kita gatal atau gedik nak kawen tapi sebab kita nak dapatkan yang terbaik dalam idup. takdir boleh berubah melalui doa yang sungguh-sungguh datang dari hati. doa jugak untuk dapat pasangan yang penyayang sebab bila ada sifat penyayang dalam diri kita dan  dia. kita akan sedaya upaya untuk tidak besarkan masalah. masalah dia kita nampak kecik je dan masalah kita pon dia nampak kecik. dan doalah moga jodoh berpanjangan.

sebab tu aku selalu cakap, yes sekarang memang gejala kawen awal. bagus lah tapi gejala cerai awal pon banyak. moga dijauhkan. jadilah sorang yang boleh handle perasaan dan matang dalam membuat keputusan insyaALLAH bahtera yang bakal kita nakhoda nanti akan belayar dengan aman. insyaALLAH insyaALLAH. sama-sama kita menjadi yang terbaik. manusia tak sempurna sebab tu kita perlukan pelengkap yang saling mengingati. 

doakan kita sama-sama dapat yang terbaik.. :)



Wednesday, August 6, 2014

jemputan kematian

"Orang dalam kapal terbang tu tengah rileks-rileks macam nie laaa tiba-tiba kena tembak. Mati terus. Xterjangka pon" --mak--

Diam. Sentap.

Kita pon tengah rileks-rileks dalam kereta nak g beraya nie tetibe eksiden. Mati terus. 

Dua kali diam. Dua kali sentap. 

Kematian. Tak perlukan jemputan.


----------------------------------------



Sunday, August 3, 2014

Mengajar dengan cinta.

Lama tak menjenguk. :)

Sekarang tengah cuti sem. Dan aku penuhi cuti ini dengan kerja jadi cikgu ganti. Entah, memang sebelum cuti sem lagi aku berniat nak jadi cikgu. Alhamdulillah rezeki itu milik aku. berpeluang jadi cikgu ganti di sekolah rendah islam al-anuar, pulau melaka. Sebelah rumah tok guru. hehe. Tapi tak pernah lagi lah naik rumah beliau. sedih-sedih. mengajar apa. subjek bahasa arab dan agama. maaf. tapi aku bukan ustazah. jauh sangat dari tittle tu. dan mereka pon tak panggil aku ustazah, panggil cikgu fatin. :D

Dimana aku dapat keberanian tu. Aku sendiri tak pasti. Mungkin dari penglibatan join TFTN jadi sukarelawan mereka. Teringat satu tagline mereka. *yeke idak tagline* "PENDIDIKAN CINTA". tak semestinya hanya cikgu yang boleh mengajar. semua orang boleh. selagi kau ada cinta yang kuat untuk tolong generasi akan datang. selama nie aku ajar anak-anak di rumah kasih harmoni keramat, takdelah mengajar sangat. bantu-bantu dorang buat kerja sekolah. tolong dorang jawab latihan. Indikator mungkin berbeza sebab tu aku simpan hasrat untuk kutip pengalaman jadi cikgu di medan sekolah yang sebenar.

Dan sekarang dah masuk bulan kedua mengajar. Pengalaman? Memang tak payah cakap. banyak kalau nak diceritakan. cukuplah aku kata walau hanya singkat aku di medan ini cukup untuk aku faham tentang situasi guru di sekolah, dan keadaan anak-anak sekarang. bagaimana semangat mereka, bagaimana akhlak mereka, bagaimana pengorbanan guru untuk didik generasi akan datang supaya jadi manusia yang berilmu juga berakhlak. Guru itu ibubapa kedua. sungguh dan sungguh aku setuju. anak-anak habiskan separuh hari dengan cikgu. segala perbuatan di awasi cikgu. bermacam-macam teguran diterima.

Sabar. satu perkataan yang bakal teruji oleh semua golongan cikgu. sungguh kau perlu bersabar dengan segala kerenah mereka, dengan segala perkataan mereka, dengan segala layanan dia pada kau. budak-budak sekarang sungguh kau tak boleh nak samakan dengan budak-budak dulu. budak dulu, cikgu masuk kelas senyap tak bergerak walau seinci, tapi sekarang kau masuk kelas dorang buat bodoh jer siap boleh mintak izin nak main tak nak belajar. heh. dan kau sebagai cikgu pandai-pandailah handle budak cengginie. sabar tuh kat mana-mana pon kau kena pupuk. :)

oklah. doakan aku untuk diberi kesabarab, ketabahan dan kekuatan untuk bulan kedua nie. moga mampu mengajar mereka dengan cinta.

terima kasih.




Friday, July 4, 2014

kegilaan menteri malaysia

aku join TNLP dekat uia. the nasik lemak project yang bekerjasama dengan soup kitchen bagi makanan dekat homeless. pernah lah join 2 3 kali turun kl. masa memula aku turun sumpah aku terkejut. mereka sangat ramai. tak menang tangan volunteers kat sana. volunteers pulak bukan melayu je, cina ada. india ada. dan cara bagi pulak tersusun, teratur. bukan diaorang datang serbu macam tu je. you know what, mereka sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan makanan percuma tuh, ada kanak-kanak 2 3 tahun, ada pak cik mak cik yang cacat but they still come to take the foods.

mujur ada NGO nie yang prihatin buat amal kebajikan macam nie dari harapkan kerajaan yang terlalu banyak alasan dan prosedur. and how cruel you are ku nan when you do this to them. niat ku nan mungkin baik nak hapuskan peminta sedekah yang diperalatkan tapi tak semua. tak semua ok. ada antara mereka yang memang tiada tempat bergantung. tiada tempat tinggal, tiada kerja. yelah sape yang nak amik orang yang cenggini kerja? sape? mereka hanya mengharapkan golongan yang baik ini saja datang membantu. harapkan kerajaan hampeh sampai mati pon takde bantuan.

our government is sick! our "menteri" is shit !

arghh. emo. bai.

Wednesday, April 23, 2014

hiking-bukit kutu

Sedang menahan sakitnya segala badan aku gara-gara pergi hiking ahad hari tu. Ohmaii. Sakit peha, betis, lutut aku. tapi takpelahh best kot. Gain new experiences. Sem lepas daki bukit broga. Sem nie bukit kutu pulak. Tapi seyes lahh. Tu bukan bukit tapi dah gunung daahhh. Tinggi kottt. Hiking bukit brogan tak terok gnie aku rase. Maybe sebab bukit broga aku naik pepagi buta pukul 3 pagi. So tak nampak tinggi ke rendah dan segala cabaran yang ada dan kiteorang ramai masa tu. Banyak kali berhenti.. Tapi bukit kutu nie aku naik start pukul 11 pagi. Geng aku semua 8 orang jer.  3jam jugak lahh nak sampai puncak. Memang adventure habis lahh. Lagi-lagi bila kiteorg dah sampai puncak tu tetibe hujan turun. Memang sangat terbaik. Sedih pon ade gak sebab tak dapat nak tengok view dari puncak tu sebab kene lindung dengan kabus. Hmm. Hmm. Takpelah. At least boleh merasa duduk atas tuh. Heh. Mase nak naik tuh 4 kali gak aku berhenti amik tenaga balik. Penat wehh. Dah lahh naik dengan tak makan segala bagai tuhh. Pancit dowh. So pada sesape yang nak naik aku nasihatkan korang makan ambik tenaga banyak2 dulu yerrr. 

Duduk atas tuh sejam lebih gak. Turun lepas kiteorang pergi tengok bangunan hasil peninggalan tentera british kalau tak silap lahh. Orang cakap tu kubu diaorang. Entah. Yelaa kot. Sila lahh guna kan kuasa meng google yerr untuk search maklumat tuuu. Kikiki. *pemalas betol kan* :P. atas tuu serious sejukkk aku cakap. Kalah Cameron highland. Lebih-lebih lagi masa kiteorg naik tuh hujan. Perghh. Memang menggigil woo. Ada satu kumpulan lain, diorang siap enjoy minum air hundred plus panass. Wuuu. Best tengok. Haha. Tengok jelaa mampu. Diorang tak ajak laa minum sekali. Haha. Bukit kutu nie kalau nak naik tengok view lawa kene naik atas batu besar. Batu besar tu tak buleh naik ramai-ramai. Dalam 3 4 orang je sekali naikk. Sebab kecik jer ruang dia atas tuh. Dia ade sediakan tangga untuk naik. Memang sesape gayat tuhh tak yahh laa naik, nanti tak turun-turun pulak. Haha. Macam aku menggigil nak naik. Nak turun apetah lagi. Tapi tetap naik jugak. Tu lahh pengalaman namanya, kena lawan benda tuh. Baru hebattt. Hihihi.

Ok masa turun nie yang azab bagi aku. broga dulu takde pon aku jatuh tergolek ke ape. Tapi bukit kutu niee perghh laaa kann. Banyak kali nak jatuuhh wehh. Jalan dia memang laaa. Terasa nak menggelongsor kalau boleyy kott. Tambah lagi masa nak turun tu kan hujann, memang tanah dia licin tak yah cakap lahhh. Bahaya kot. Sangat. Memang kena hati-hati betol-betol. Aku rasa kalau tak hujan maybe ok sikit kot, takdelah bahaya sangat. Aku dua kali gak lahh tergolek. Baju tak yah cakap. Memang cantik sangat dengan contengan tanah-tanah. Haha. Haa, aku nak nasihatkan, kalau nak naik bukit make sure kasut korang tu memang memang jenis yang mengcengkam tanah, tak licin dan tak nipis ok. Kalau tak wassalam laa kasut korang sekali naik bukit tuu jerr. Huhu. 

Lastly, thanks laa dekat kengkawan aku yang ajak aku join dyorang + untuk leader kiteorg yang memang sangat superb. Heh. Sangat menjaga kebajikan anak buahnya. Hehe. Dah dia memang jenis suka aktiviti-aktiviti ginie. Naik bukit nie takde pape pon pada dia. Jeles jeles. 


---------------------------------------------------------------------------------
Dan bagi tahu. aku bukanlah sorang pompuan yang minat gler-gler aktiviti gniee tapi aku boleh lagi nak termasuk dalam kategori minah yang suka beraktviti lasak. Seyes. Even ada kawan aku cakap, dia tak percaya aku minat benda-benda ginie sebab yelahh tengok aku pakai tudung labuh semua. Haha. Kelakar pon ade bila dengar. Jangan nak sempitkan pemikiran. Islam tak larang pon semua tuh as long as kau tahu jaga batasan kau dan aurat kau. Tu jer. Buat laa ape-ape pon. Ingatlahh dua benda tuh. Ok. J
Dan impian dan angan-angan aku. andai diberi pilihan untuk memilih dan mencari spouse aku. aku harap dia sorang yang ada minat yang sama dengan aku. at least dalam hal nie ke. Boleh hiking sesame. Tak pon, dia tahu mane nak bawak aku kalau nampak aku stress yang melampau. Tak perlu nak pujuk aku dengan bunga ke apa. Sori. Aku bukan minah bunga. Haha. Lulz. Dan aku harap dia bukan sorang laki yang kaki gamers. Hope. Seyes. Buatlah apepon mase free dia tapi bukan ngadap game. Aminn. Oklahh, dah melalutt. Itu hanya impian dan angan-angan. Andai ALLAH mentakdirkan yang sebaliknya sape aku nak menolak. Takpelah, nanty aku paksa untuk dia minat. Haha. Kbai.


Thursday, March 20, 2014

diuji lagi

dalam keghairahan nak balik kampung esok. hari nie diuji ALLAH kehilangan purse.
tapi alhamdulillah masih ada rezki sebab ada seorang hamba ALLAH baik hati hantar purse tu dekat office kaed. check punya check perasan yang sekeping rm50 hilang. terus hati berdetik "aku tak halal laa sape yang ambik nie". serious sedih. duit tuh nak bayar tiket esok. tiba-tiba hati menyentak "kalau yang ambik tu pekerja uia cane? memang nak guna duit sangat-sangat? kalau student yang tak berkemampuan? memang tahan je perut takde duit nak makan? dah rezki depan mata amik jelaa. salah kau jugak sebab tinggal purse tuh merata. halalkan jelaa"

okfine. hati membunuh tuannya sendiri. pikir positif. ALLAH sedang menguji. dan ALLAH hanya uji orang-orang yang hebat jer. takde rezki kau. orang lain ada yang hilang beribu-ribu. lagi besar ujian ALLAH bagi.

oklah "awak". amiklah duit tu gunalah sebaiknya. sebab 50 hinggit sangat bernilai ok untuk student macam saya. lol. apa-apa hal settle kat akhirat. teringin jugak nak kenal. eh. okbai.

# kelate memanggil-manggil # ^_______^


by the way, kisah semalam? merintih sebab terlihat satu kebenaran. kebenaran yang memeningkan kepala otak aku. makin pelik cerita yang terjadi sekarang. tak tahu apa ALLAH nak bagitahu. perlukan explaination tapi biarlah. biarlah aku tak tahu apa-apa. sebab takde apa yang akan berubah kalau aku tahu sekalipon. ada hikmahnya. ada. 

Monday, March 17, 2014

priority


Dalam kesibukan menjadi mahasiswa aku diterjah dengan satu persoalan. Nikah. Well said, sape yang tak nak kawen kan? Cuba cakap kat aku? Tapi nikah bukan sesimple menyebut. Ada maksud tersirat disebalik lima huruf tu. Bukan hanya keseronokan yang perlu difikirkan, tapi tanggjungjawab disebalik perkataan tuh. Sekarang fenomena kahwin muda dah semakin naik. Dan aku tak pernah nafikan benda tuh. Aku jugak pernah terfikir. Lebih-lebih lagi dikelilingi kawan-kawan yang dah ramai kawen nie. Aku tak pernah cakap benda tu salah, malah aku menyokong. Yelah, buat apa bercinta. Kalau dah masing-masing suka sama suka, kawen jelah. Dari bercinta tapi arah hubungan tu tak tahu kemana. Lagi parah kalau something bad happen tengah jalan. *jangan jadi macam aku.lol*  Kawen bukan benda susah tapi tak jugak senang. Bila kau nak kawen, maksudnya kau dah betul-betul untuk tekad nak serahkan hati kau, hidup kau dekat pasangan kau. Banyak kali aku ingatkan pada diri, kawen bukan mainan. Bukan satu ujikaji. Kau rasa berkenan, terus nak kawen, lepas hidup sebulan rasa tak sehati sejiwa lah kononnya terus amik keputusan nak cerai. Nauzubillah. Orang cakap biarlah kawen tuh sekali seumur hidup. Cuba untuk itu. Biarlah cerita selepasnya menjadi rahsia ALLAH. 


Dan siapa aku nak bercakap pasal kawen, masih lagi tak layak rasanya. Mampu ke nak kawen kalau hidup sendiri pon tak terurus? Itu yang paling penting. Macamane nak handle rumahtangga kalau diri sendiri pon failed? Mampu ke nak jaga hati orang lain kalau hati sendiri pon tak terjaga? Perangai still lagi budak-budak? Dan paling penting macamane lelaki tuh? Mampu ke dia bimbing aku? aku tak pernah demand, tak pernah memilih dan tak pernah letakkan syarat pada bakal pasangan aku sebab aku tak pernah di ajar macam tuh. Family aku terima je semua orang as long as dia boleh janji lakukan yang terbaik bila dah take over tanggungjawab ayah aku. Mampu ke dia? Tapi hati ini berharap moga laki tuh laki yang baik, paling penting baik agama dia. Is not about aku nak cari yang alim ulamak. Nope. Aku tak baik pon, tapi cukuplah dia tu tahu hukum hakam agama. Willing to learn and ready to teach me. Sama-sama perbaiki diri menuju syurga ALLAH. Dan bagi aku perkahwinan tanpa cinta tu sia-sia.Biarlah laki tuh boleh sayang aku tanpa memandang orang lain. Bukan maksud aku nak bercinta, tapi bila dia dah serious nak amik aku jadi isteri dia, cukuplah hanya aku dalam hati dia. Itu yang aku harap. Dan aku bila ditanya, macam-macam yang aku jawab. Bukan memberi alasan, bukan. Cuma mencari kepastian disebalik persoalan. Mana-mana perempuan pon, dia akan bersyukur bila ada lelaki yang betul-betul serious ajak dia kawen. Tapi sebelum dia bagi jawapan, banyak persoalan yang dia pikir. Dan dia harap segala persoalan tu ada jawapan.

Aku anak bongsu, ada 2orang abang dan 3 orang kakak. 3 org dah kawen, yang terbaru akak aku, insyaALLAH bulan 6 nie. Aku membesar dengan diorang, hidup diorang ada dalam kotak memori aku, dan satu hal yang aku ingat. Alhamdulillah, bersyukur dapat mak ayah yang tak cerewet, mudahkan urusan kawen anak-anak. Tak pernah masuk campur urusan rumahtangga anak-anak. Serious, aku pon tak paham kenapa benda kawen nak susahkan? Susahkan pulak dari segi wang. Kenapa mesti nak letak wang hantaran tinggi-tinggi? Hebat sangat ke perempuan tu? Bukan menidakkan benda tuh tapi cukuplah sekadar kemampuan laki tuh. Dan aku tahu, satu perkahwinan yang berkat adalah mas kawen yang paling murah. Ini yang aku pegang. InsyaALLAH.


Dan sebagai seorang perempuan, benda tu satu benda yang perlu aku pikirkan sedalam-dalamnya. Andaikata jodoh aku sampai masa aku tengah belajar, sape aku nak menolak. Aku jugak yakin, bila sampai masa untuk kawen, ALLAH akan mudahkan. Dengan sendiri hati akan rela dengan benda tuh. Bukan kawen sebab terpaksa tapi sebab masing-masing dah faham tanggungjawab dan peranan masing-masing.  Willing untuk terima segala kekurangan dan kelebihan pasangan, belajar kawal emosi dan perasaan dan boleh layari bahtera rumahtangga dengan baik. Dan tak kan ungkit kisah silam masing-masing.

 Lastly, kita matang melalui pengalaman bukan umur. Matang itu jugak subjektif, tak boleh nak nilai dari luaran. Pengalaman cinta aku mengajar aku erti berhati-hati. takut. ya takut. takut kisah lama berulang. sebab tu aku selalu ingatkan pada hati. Jangan terima seseorang yang hanya inginkan keseronokan, tapi terimalah seseorang yang serious pikir masa depan dengan kau. Waiting for that guy. Dalam mencari dan menati, ubahlah diri jadi sorang yang baik. persiapan ke arah tu perlu ada. Tak dilupakan persiapan untuk menjadi jenazah. sebab kita semua tak pasti yang kita akan jadi seorang isteri, seorang suami, seorang ibu atau ayah. tapi yang pasti kita bakal JENAZAH. Bersedia ke kita?





Sunday, March 16, 2014

mem"busy"kan diri

Sem nie sem yang paling busy aku rasa. Since awal sem sampailah malam nie. Memang jarang lekat dalam bilik. Mesti ada je keluar. Pergi meeting. Pergi program itu ini. tapi aku ok dengan semua nie. Entahlah, mungkin sebab aku bukan jenis manusia yang suka terperap dalam bilik. Atau mungkin juga aku bukan mahasiswa yang hanya tahu pergi kelas, balik kelas mengadap laptop, layan cerita, lapar turun beli makanan, kalau rajin sikit baru ngadap buku. Nope. Aku bukan macam tuh. Rugi. Sangat rugi kalau mahasiswa hanya sekadar tu je kerja dia. Aku mahasiswa aktif. Bagi aku masa di uni lahh nak gain banyak-banyak experiences. Joinlah apa pon asalkan benda tu buat kau kenal dunia. Dan aku alhamdulillah, sem nie memang banyak sangat program yang aku join. Ada yang baru aku kutip pengalaman tu pertama kali sepanjang 21tahun hidup. Yang paling best, join society The Nasi Lemak Projek. Feed the homeless. Pagi memasak malam distribute dekat homeless sekitar KL. Serious best, tak pernah membayangkan yang aku akan buat kerja amal macam tuh. Syukur. Ya bersyukurlah dengan apa yang ALLAH bagi dalam hidup nie. Pernah dulu aku terpikir, kenapa family aku tak kaya macam orang lain. Bila kawan-kawan cerita mak ayah diaorang selalu beli itu ini, selalu pergi melancong sana-sini. Hati ini pernah terdetik. kenapa family aku serba kekurangan? Tapi itu dulu. Sekarang nie, bila aku dah besar, bila aku dah matang *sikit laa* segala persoalan tuh terjawab dengan sendiri. Ujian yang aku rasa berat tuh sebenarnya kecik jer, apa yang aku pikir tuh sebenarnya tak penting pon, sebab diluar sana masih ramai yang tak bernasib baik. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan ada antara mereka hanya menunggu ihsan orang lain untuk makan. Habis aku nak cakap yang aku nie still kekurangan? Nope. Aku dah cukup kaya. masih ada rumah untuk berlindung. Masih mampu makan 3 kali sehari. Masih mampu tidur beralaskan cadar yang lembut. Mereka? Mereka apa yang ada jika dibandingkan dengan aku? First time aku join, perasaan terkejut tuh ada. Orang-orang yang beratur tersangat ramai dan mereka beratur dalam kesabaran semata-mata nak dapatkan makanan percuma. Aku yakin dan percaya, ada kisah disebalik kehiudpan mereka tu. Ada senior aku cakap, dia pernah berbual dengan sorang homeless, rupa-rupanya homeless tu dulu sebenarnya prof tapi disebabkan terlalu asyik belajar, sibuk mencari jawapan sampai dia jadi macam tu. Selalu mempersoalkan kajian yang dia buat akhirnya dia jadi kurang siuman. Sekali lagi. Sahabat-sahabat, belajarlah bersyukur dalam hidup. Jangan ditagih apa yang tak termampu, tapi gunakan apa yang ada sebaiknya.


Satu lagi pengalaman baru aku, jadi volunteer mengajar anak-anak yatim. bawah TFTN. Teach For The Needs. Setiap malam hujung minggu pergi rumah anak-anak yatim area KL dan ajar diorang. Entah lah nak cakap pendidikan di malaysia bermasalah, aku bukan ahlinya. Tapi bila 3 dari enam adik beradik aku jadi cikgu maka aku tahu serba sedikit pasal benda nie. Hati aku jugak pernah terdetik nak jadi cikgu.
Tapi memang tak dinafikan disebabkan sekolah dimalaysia mengukur kepandaian seorang murid itu melalui peperiksaan maka ramai anak-anak yang tercorot. Anak-anak ini dibiarkan berada di kelas belakang tanpa pendidikan yang adil. Mereka tidak dipedulikan, mereka tidak dipantau, yang tak pandai membaca, dibiarkan terus ketinggalan. Sedangkan pada hakikatnya, kesungguhan belajar mereka sangat tinggi, cuma kekurangan mereka, mereka tiada tempat untuk meminta bantuan, mereka tak mampu untuk pergi tuisyen, hidup dirumah anak yatim yang serba kekurangan, berkongsi segala-galanya dengan penghuni lain. Can you imagine that? Dan itu menjentik hati aku. Aku nie ada kakak, ada abang. Tak faham boleh tanya, nak itu ini boleh mintak, pergi tusiyen sejak sekolah rendah lagi, jadi nikmat Tuhan yang mana yang aku tak boleh nak bersyukur? Dan ini je usaha yang termampu aku lakukan, moga-moga jadi saham akhirat nanti. Dan adik-adik tuh boleh berjaya dan setaraf dengan orang lain. Mungkin ujian mereka dirasakan berat tapi aku yakin ada hikmah semuanya. 


Lastly, sem nie jugak memang banyak aku pegang jawatan. dan sekarang tengah tertanya-tanya pada diri. Baik sangat ke muka aku nie? Ke muka aku nie muka duit? Lol. Sem nie banyak pegang bendahari, pegang biro ekonomi. Kena berniaga itu ini. Dan ada satu bisness yang aku dan kelab aku tengah usahakan. You know what aku jadi unit pemasaran. lol. Nanti next entry aku promote benda tuhh. Hehe.

Moga diberi kekuatan dan mampu laksanakan segala tugas dengan amanah dan jujur. InsyaALLAH. 






Thursday, March 6, 2014

lirik lagu takut-amalia alias

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terlintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini


Saturday, February 1, 2014

pengalaman

Esok bakal jejak kembali kaki ke uia. Dah sem 2 dah. Tapi aku masih terbayang-bayang  result sem lepas. Result yang aku tengok seminggu yang lepas. Tak tipu yang aku cakap aku sangat-sangat down. Demi ALLAH, aku sangat kecewa. Sebab tak pernah sepanjang belajar aku dapat gtuu. Sem lepas memang pengalaman yang paling pahit aku sepanjang bergelar pelajar. Gagal. Yer aku gagal. Dan sekarang aku tengah mencari semangat, tengah memotivasikan diri. Airmata? Tak payah cakap. Memang peneman setia masa nie. Besar sangat ujian yang ALLAH bagi nie. Tapi aku malu untuk cakap ujian tuh besar, sebab aku tahu ujian orang lain lagi besar. Nie hanya cebisan ujian yang ALLAH bagi untuk aku muhasabah balik kot apa aku buat sem lepas? Mungkin.



Repeat? Ya kali pertama diuji dengan perkataan tuh. Bagi aku yang bukan jenis manusia yang berpikiran positf memang tengok benda tuh macam berat jer. Susah sangat susah untuk bagi motivasi pada diri yang memang sangat lemah nie. Hati dah rasa tak mampu nak bawak. Macam-macam ujian yang aku tanggung sekarang nie. Hati dah berbolak-balik. Tak mampu nak berpikir dengan waras. Hanya tahu menangis dan meratap dalam diam. Aku hanya mampu memohon moga semua ada hikmah. Moga ALLAH bantu disetiap perjalanan nie.


Disaat diri diuji aku bersyukur ada kakak, ada kawan yang sentiasa bagi semangat. Sudi untuk dengar segala masalah aku dan bagi aku kata-kata semangat yang sangat ohhsemm. Cuma selebihnya, bergantung pada aku, nak ambik atau buang, kan? Mereka mungkin boleh cakap itu ini, tapi aku yang perlu move on. Nak meratap, menangis, meroyan macam nie atau move on kan? Aku kuat kerana mereka.




Tak tipu cakap yang sem lepas aku memang sangat-sangat lost. Hati masih tak mampu nak terima kos nie. Aku pon tak tahu apa yang aku belajar. Hati, otak, pikiran susah nak hadam apa aku belajar. Masih mencari minat yang sebenar. Masih mencari kos yang sesuai untuk aku. Dan aku realize, aku sebenarnya dah buat keputusan salah. Ya, aku tahu. Dari dulu sampai sekarang. Aku memang selalu je amik benda yang bukan jiwa aku. Tapi aku bersangka baik, ALLAH dah tetapkan aku kat situ maka aku kena teruskan. Walaupun terpaksa. Betul ke apa aku buat? Aku rasa macam masa depan dah gelap. Tak tahu halatuju. Lost. Sesat dalam cahaya mungkin?


Untuk sem nie, tak tahu lagi kehidupan aku macamane. Tak boleh nak bayang . Dan aku masih mencari diri sebenarnya. Kena kuat semangat. Tak buleh stress. Kena pikir halatuju aku.


Tulis memang senang, nak buat perlukan semangat yang tinggi. Doakan aku dikuatkan hati. Doakan aku supaya buleh berlapang dada. Doakan aku supaya positif. Ingatkan pada diri aku yang semua nie ujian yang ALLAH bagi tanda ALLAH sayang. Ingatkan aku. Terima kasih. J


Thursday, January 23, 2014

Dunia baru

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan satu kisah yang buat aku kenal satu dunia baru. Satu dunia baru yang aku kenal setelah aku masuk ke pusat asasi uia  tiga tahun yang lalu. Bulan lima 2011 aku masuk mendaftar kat sana. Duduk dua tiga minggu, aku terima mesg dari akak senior sekolah aku cakap nak jumpa. Akak senior antar mesg nak jumpa beb of course la aku eksaited, nak buat reunion budak sekolah aku ke apa kan. So aku pegi memang dengan hati yang terbukak, jumpa then akak cakap nie macam usrah kita lahh. Meneruskan legasi usrah kat maahad supaya bila dah masuk uni tak culture shock, tak berubah 360 darjah jadi budak entah apa-apa. Gtuuu laa lebih kurang nyaaa. Dan aku memang mencari benda nie sebab aku tahu benda nie penting, dekat sekolah semua benda cikgu suap dekat kau, sampai makanan rohani pon ustaz ustazah yang bagi, tu pun kalau kau amik. Tapi bila kau dah masuk uni, semua benda kau kena cari sendiri. Semua atas bahu kau. Kau yang mencorakkan diri kau. Kau nak jadi baik ke, kau nak jadi budak social. Semua atas kau ok. So bagi aku yang konon-kononnya pernah jadi naqibah kat sekolah maka aku tahu betapa pentingnya usrah nie. Betapa pentingnya dia sebagai makanan rohani aku. Supaya aku ingat yang aku nie budak sekolah agama dan kena jaga imej sebagai budak sekolah agama. Yang lebih penting jaga imej muslimah tu. Kan? So dah ada orang nak berusrah dengan aku, aku on jelaaaa. Datang tadah telinga dan dengar. Macam tu lah aku setahun kat situ. Then dipendekkan cerita, tiba-tiba akak usrah aku cakap ada program minggu tuh, mintak kosongkan tarikh kasi free biar boleh join. Serious, aku ingat lagi, masa tuh aku memang sangat-sangat letih, tak nak pergi. Dah cakap tak pergi. Tapi bila sampai tarikh tuh, hati jadi tiba-tiba rasa bersalah yang teramat sangat. “sanggup kau tak nak pergi semata-mata nak rehat? Pentingkan rehat lagi dari pergi tarbiyah diri?” sentap aku bila hati aku cakap macam tu. Tiba-tiba aku tukar pikiran, cakap nak pergi.


Dipendekkan cerita, di program tulah bermula dunia baru aku. Aku kenal satu dunia yang bernama “jemaah”. Serious, selama nie kalau dengar Jemaah, solat Jemaah je yang ada dalam pikiran aku nie. Korang ingat aku nie budak baik sangat? Serious tak baik langsung. Maksudnya aku bukan budak badan dakwah yang memang superb baik laa kat sekolah. Aku budak tengah-tengah. Baik pon tak, nakal pon tak. Haaa, gtuuu. Haha. So bila dengar macam-macam pasal benda nie, mulanya memang buat aku rasa rendah diri sangat laaa. Yelah, geng-geng yang pegi sana semua geng-geng tudung labuh, geng-geng berkopiah, geng-geng alim ulamak laa lebih senang cakap. Aku nie apa ada? Haish, ilmu sekecik kuman je kot, nak bercakap kat depan pon bukan main ketar gegar, orang lain selamba badak je volunteer. Aku haram laa kan. Tapi yang best, kat sanalah aku jumpa ramai sahabat-sahabat yang pasti bukan dari kos aku. Aku pelik. Sangat pelik. Mereka sangat rapat antara mereka. Mereka mudah nak masuk dengan orang. Aku memang mudah nak masuk dengan orang tapi nak rapat memang tak lah. Susah kot. Tapi mereka tak. Dan ukhuwah sangat dititikberatkan. Mereka cakap, perkara pertama yang awak kene buat sebelum bergerak kerja adalah mantapkan ukhuwwah. dan akhirnya aku telah berakur janji untuk setia dengan benda nie. Inilah pemula segala-galanya. Dengan bermatlamat menegakkan daulah islamiyah di muka bumi ini. Aku bukan lagi mahasiswa yang datang hanya untuk belajar tapi aku mahasiswa yang ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Bukan mahasiswa yang hanya tahu belajar untuk exam semata-mata tapi aku mahasiswa yang ada value tersendiri, ada peranan yang perlu dilaksanakan. Itulah amanah yang baru aku terima.



Mulanya aku ok jer, tapi masuk tahun kedua asasi, aku mula goyah. Dengan kesibukan menyiapkan projek, maklumlah aku budak AED, memang busy nya lain dari budak kos lain. Tak tido malam siapkan projek memang benda biasa, di situlah kesungguhan aku diuiji. Aku mula lalai untuk pergi usrah, semangat mula luntur untuk bergerak kerja. Dengan perasaan rendah diri bila tengok ilmu orang lain lagi banyak, mula perasaan tak layak menguasai diri. Dengan masalah perasaan yang melanda masa tuh, lagi rasa diri nie tak suci untuk masuk ke medan dakwah. Macam-macam penjuru syaitan masuk menggoda aku saat tuh. Dan akhirnya buatkan aku tarik diri dari benda nie. Tarik diri maksudnya aku hold dulu benda nie dekat main camp. “kak, akak nilailah saya sendiri. Saya rasa aku pon tahu yang saya ie tak kuat. Tak sebaik dan sehebat orang lain. Saya pon tak jamin bila busy dengan projek saya still boleh commit dengan benda nie”. Nie antara alasan yang aku bg dekat akak usrah tuh.



Pada akhirnya, ALLAH memang betul nampak yang aku masih lagi tak layak dengan benda nie maka ALLAH hold dulu benda nie dari aku. Aku percaya yang ALLAH takkan bagi sesuatu atau ujian kalau DIA tahu kita tak mampu. So dari situ aku belajar, banyak lagi benda yang aku kene fahami dan paling penting aku kena ikhlas diri untuk berjuang di medan ini.
Akhir kalam, aku mengharapkan doa kalian untuk aku benar-benar thabat dijalan perjuangan ini. Moga ALLAH kuatkan hati ini untuk meneruskan amanah yang diberikan nie. Dan aku tahu, bila masanya tiba, aku akan kembali kejalan ini. Muhasabah diri itu perlu. J



Thursday, January 16, 2014

me. 2014.

Hari nie dah 16/01/2014 dah. begitu cepat masa berlalu. hari nie baru berkesempatan nak hupdate blog nie. sebelum nie ada je feeling nak menulis tapi selalu je terbantut sebabkan kondisi laptop yang sangat-sangat tak membantu. tapi hari nie alhamdulillah ALLAH bagi rezeki lebih. I got a new lappy today. hehe. tu yang eksaited nak menulis nie. ^^

Dah masuk 2014 bermakna umur dah bertambah satu angka. yeayyy. dah buleh mengundi tapi sayang laa kene tunggu 5 tahun lagi untuk mengundi. lamanya lahh. takpe, 5 tahun untuk memkirkan strategi menumbangkan kerajaan yang ada sekarang. insyaALLAH. ok, sebenarnya aku cuak. tersangat cuak. dah 21 tahun okk. kalau dulu eksaited je masuk 20. maklumlah baru merasa angka 2 kat depan tapi bila dah bertambah lagi satu angka nie rasa macam dah besar sangat. sangat-sangat. perubahan pemikiran ke arah yang lebih matang dan rasional. no more childish thing. ohmai. tak nak terima hakikat tuh.  lagi-lagi bila ramai kawan-kawan sekeliling kawen. serious aku tanya. memang dah besar sangat sampai dah kene pikir soal kawen ehhh??? waaa..tak nakkk. takutt. bersyukur jugak sebab takde calon lagi. takde sape-sape dalam hati nie. hati. mohon macamnie sampai kau jumpa orang yang sesuai k?? hmmm. hope so.

Dan baru beberapa lepas aku berjaya menghabiskan sem 1 sebagai budak degree yang belajar di uia yang amik kos sarjana muda ukurbahan. seyes, the worst sem ever. tak pernah aku rasa worst gtuu sepanjang 2 tahun aku belajar kat cfs. terus. sangat teruk. aku tahu. hancur dan hancur. bukan mendoakan tapi aku boleh agak dengan cara aku belajar dan sampailah ke kemuncak final exam. tak sanggup nak tengok result final nanti sebab aku tahu ending dia macamane. ya ALLAH, aku dah buat pilihan yang salah ke dengan amik kos tuh? mohon tunjukkan aku jalan yang benar andai jalan ini salah. mohon semohon-mohonnya. dan entah kenapa aku rasa yang aku selalu buat keputusan yang salah. dari dulu lagi. tapi aku cuba untuk yakinkan diri ini, segalanya perancangan ALLAH. yakin dan percaya ALLAH dah tentukan yang terbaik. have faith. amin.

Ok, setakat nie dulu. nanti sambung lagi. banyak benda nak tulis. sangat. :)