Sedang
menahan sakitnya segala badan aku gara-gara pergi hiking ahad hari tu. Ohmaii.
Sakit peha, betis, lutut aku. tapi takpelahh best kot. Gain new experiences.
Sem lepas daki bukit broga. Sem nie bukit kutu pulak. Tapi seyes lahh. Tu bukan
bukit tapi dah gunung daahhh. Tinggi kottt. Hiking bukit brogan tak terok gnie
aku rase. Maybe sebab bukit broga aku naik pepagi buta pukul 3 pagi. So tak
nampak tinggi ke rendah dan segala cabaran yang ada dan kiteorang ramai masa
tu. Banyak kali berhenti.. Tapi bukit kutu nie aku naik start pukul 11 pagi.
Geng aku semua 8 orang jer. 3jam jugak
lahh nak sampai puncak. Memang adventure habis lahh. Lagi-lagi bila kiteorg dah
sampai puncak tu tetibe hujan turun. Memang sangat terbaik. Sedih pon ade gak
sebab tak dapat nak tengok view dari puncak tu sebab kene lindung dengan kabus.
Hmm. Hmm. Takpelah. At least boleh merasa duduk atas tuh. Heh. Mase nak naik
tuh 4 kali gak aku berhenti amik tenaga balik. Penat wehh. Dah lahh naik dengan
tak makan segala bagai tuhh. Pancit dowh. So pada sesape yang nak naik aku
nasihatkan korang makan ambik tenaga banyak2 dulu yerrr.
Duduk atas
tuh sejam lebih gak. Turun lepas kiteorang pergi tengok bangunan hasil
peninggalan tentera british kalau tak silap lahh. Orang cakap tu kubu diaorang.
Entah. Yelaa kot. Sila lahh guna kan kuasa meng google yerr untuk search
maklumat tuuu. Kikiki. *pemalas betol kan* :P. atas tuu serious sejukkk aku
cakap. Kalah Cameron highland. Lebih-lebih lagi masa kiteorg naik tuh hujan.
Perghh. Memang menggigil woo. Ada satu kumpulan lain, diorang siap enjoy minum
air hundred plus panass. Wuuu. Best tengok. Haha. Tengok jelaa mampu. Diorang
tak ajak laa minum sekali. Haha. Bukit kutu nie kalau nak naik tengok view lawa
kene naik atas batu besar. Batu besar tu tak buleh naik ramai-ramai. Dalam 3 4
orang je sekali naikk. Sebab kecik jer ruang dia atas tuh. Dia ade sediakan
tangga untuk naik. Memang sesape gayat tuhh tak yahh laa naik, nanti tak
turun-turun pulak. Haha. Macam aku menggigil nak naik. Nak turun apetah lagi.
Tapi tetap naik jugak. Tu lahh pengalaman namanya, kena lawan benda tuh. Baru
hebattt. Hihihi.
Ok masa
turun nie yang azab bagi aku. broga dulu takde pon aku jatuh tergolek ke ape.
Tapi bukit kutu niee perghh laaa kann. Banyak kali nak jatuuhh wehh. Jalan dia
memang laaa. Terasa nak menggelongsor kalau boleyy kott. Tambah lagi masa nak
turun tu kan hujann, memang tanah dia licin tak yah cakap lahhh. Bahaya kot.
Sangat. Memang kena hati-hati betol-betol. Aku rasa kalau tak hujan maybe ok
sikit kot, takdelah bahaya sangat. Aku dua kali gak lahh tergolek. Baju tak yah
cakap. Memang cantik sangat dengan contengan tanah-tanah. Haha. Haa, aku nak
nasihatkan, kalau nak naik bukit make sure kasut korang tu memang memang jenis
yang mengcengkam tanah, tak licin dan tak nipis ok. Kalau tak wassalam laa
kasut korang sekali naik bukit tuu jerr. Huhu.
Lastly,
thanks laa dekat kengkawan aku yang ajak aku join dyorang + untuk leader
kiteorg yang memang sangat superb. Heh. Sangat menjaga kebajikan anak buahnya.
Hehe. Dah dia memang jenis suka aktiviti-aktiviti ginie. Naik bukit nie takde
pape pon pada dia. Jeles jeles.
---------------------------------------------------------------------------------
Dan bagi
tahu. aku bukanlah sorang pompuan yang minat gler-gler aktiviti gniee tapi aku
boleh lagi nak termasuk dalam kategori minah yang suka beraktviti lasak. Seyes.
Even ada kawan aku cakap, dia tak percaya aku minat benda-benda ginie sebab
yelahh tengok aku pakai tudung labuh semua. Haha. Kelakar pon ade bila dengar.
Jangan nak sempitkan pemikiran. Islam tak larang pon semua tuh as long as kau
tahu jaga batasan kau dan aurat kau. Tu jer. Buat laa ape-ape pon. Ingatlahh
dua benda tuh. Ok. J
Dan impian
dan angan-angan aku. andai diberi pilihan untuk memilih dan mencari spouse aku.
aku harap dia sorang yang ada minat yang sama dengan aku. at least dalam hal
nie ke. Boleh hiking sesame. Tak pon, dia tahu mane nak bawak aku kalau nampak
aku stress yang melampau. Tak perlu nak pujuk aku dengan bunga ke apa. Sori.
Aku bukan minah bunga. Haha. Lulz. Dan aku harap dia bukan sorang laki yang
kaki gamers. Hope. Seyes. Buatlah apepon mase free dia tapi bukan ngadap game.
Aminn. Oklahh, dah melalutt. Itu hanya impian dan angan-angan. Andai ALLAH
mentakdirkan yang sebaliknya sape aku nak menolak. Takpelah, nanty aku paksa
untuk dia minat. Haha. Kbai.
No comments:
Post a Comment