Showing posts with label best friend fillah. Show all posts
Showing posts with label best friend fillah. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

hiking-bukit kutu

Sedang menahan sakitnya segala badan aku gara-gara pergi hiking ahad hari tu. Ohmaii. Sakit peha, betis, lutut aku. tapi takpelahh best kot. Gain new experiences. Sem lepas daki bukit broga. Sem nie bukit kutu pulak. Tapi seyes lahh. Tu bukan bukit tapi dah gunung daahhh. Tinggi kottt. Hiking bukit brogan tak terok gnie aku rase. Maybe sebab bukit broga aku naik pepagi buta pukul 3 pagi. So tak nampak tinggi ke rendah dan segala cabaran yang ada dan kiteorang ramai masa tu. Banyak kali berhenti.. Tapi bukit kutu nie aku naik start pukul 11 pagi. Geng aku semua 8 orang jer.  3jam jugak lahh nak sampai puncak. Memang adventure habis lahh. Lagi-lagi bila kiteorg dah sampai puncak tu tetibe hujan turun. Memang sangat terbaik. Sedih pon ade gak sebab tak dapat nak tengok view dari puncak tu sebab kene lindung dengan kabus. Hmm. Hmm. Takpelah. At least boleh merasa duduk atas tuh. Heh. Mase nak naik tuh 4 kali gak aku berhenti amik tenaga balik. Penat wehh. Dah lahh naik dengan tak makan segala bagai tuhh. Pancit dowh. So pada sesape yang nak naik aku nasihatkan korang makan ambik tenaga banyak2 dulu yerrr. 

Duduk atas tuh sejam lebih gak. Turun lepas kiteorang pergi tengok bangunan hasil peninggalan tentera british kalau tak silap lahh. Orang cakap tu kubu diaorang. Entah. Yelaa kot. Sila lahh guna kan kuasa meng google yerr untuk search maklumat tuuu. Kikiki. *pemalas betol kan* :P. atas tuu serious sejukkk aku cakap. Kalah Cameron highland. Lebih-lebih lagi masa kiteorg naik tuh hujan. Perghh. Memang menggigil woo. Ada satu kumpulan lain, diorang siap enjoy minum air hundred plus panass. Wuuu. Best tengok. Haha. Tengok jelaa mampu. Diorang tak ajak laa minum sekali. Haha. Bukit kutu nie kalau nak naik tengok view lawa kene naik atas batu besar. Batu besar tu tak buleh naik ramai-ramai. Dalam 3 4 orang je sekali naikk. Sebab kecik jer ruang dia atas tuh. Dia ade sediakan tangga untuk naik. Memang sesape gayat tuhh tak yahh laa naik, nanti tak turun-turun pulak. Haha. Macam aku menggigil nak naik. Nak turun apetah lagi. Tapi tetap naik jugak. Tu lahh pengalaman namanya, kena lawan benda tuh. Baru hebattt. Hihihi.

Ok masa turun nie yang azab bagi aku. broga dulu takde pon aku jatuh tergolek ke ape. Tapi bukit kutu niee perghh laaa kann. Banyak kali nak jatuuhh wehh. Jalan dia memang laaa. Terasa nak menggelongsor kalau boleyy kott. Tambah lagi masa nak turun tu kan hujann, memang tanah dia licin tak yah cakap lahhh. Bahaya kot. Sangat. Memang kena hati-hati betol-betol. Aku rasa kalau tak hujan maybe ok sikit kot, takdelah bahaya sangat. Aku dua kali gak lahh tergolek. Baju tak yah cakap. Memang cantik sangat dengan contengan tanah-tanah. Haha. Haa, aku nak nasihatkan, kalau nak naik bukit make sure kasut korang tu memang memang jenis yang mengcengkam tanah, tak licin dan tak nipis ok. Kalau tak wassalam laa kasut korang sekali naik bukit tuu jerr. Huhu. 

Lastly, thanks laa dekat kengkawan aku yang ajak aku join dyorang + untuk leader kiteorg yang memang sangat superb. Heh. Sangat menjaga kebajikan anak buahnya. Hehe. Dah dia memang jenis suka aktiviti-aktiviti ginie. Naik bukit nie takde pape pon pada dia. Jeles jeles. 


---------------------------------------------------------------------------------
Dan bagi tahu. aku bukanlah sorang pompuan yang minat gler-gler aktiviti gniee tapi aku boleh lagi nak termasuk dalam kategori minah yang suka beraktviti lasak. Seyes. Even ada kawan aku cakap, dia tak percaya aku minat benda-benda ginie sebab yelahh tengok aku pakai tudung labuh semua. Haha. Kelakar pon ade bila dengar. Jangan nak sempitkan pemikiran. Islam tak larang pon semua tuh as long as kau tahu jaga batasan kau dan aurat kau. Tu jer. Buat laa ape-ape pon. Ingatlahh dua benda tuh. Ok. J
Dan impian dan angan-angan aku. andai diberi pilihan untuk memilih dan mencari spouse aku. aku harap dia sorang yang ada minat yang sama dengan aku. at least dalam hal nie ke. Boleh hiking sesame. Tak pon, dia tahu mane nak bawak aku kalau nampak aku stress yang melampau. Tak perlu nak pujuk aku dengan bunga ke apa. Sori. Aku bukan minah bunga. Haha. Lulz. Dan aku harap dia bukan sorang laki yang kaki gamers. Hope. Seyes. Buatlah apepon mase free dia tapi bukan ngadap game. Aminn. Oklahh, dah melalutt. Itu hanya impian dan angan-angan. Andai ALLAH mentakdirkan yang sebaliknya sape aku nak menolak. Takpelah, nanty aku paksa untuk dia minat. Haha. Kbai.


Saturday, February 1, 2014

pengalaman

Esok bakal jejak kembali kaki ke uia. Dah sem 2 dah. Tapi aku masih terbayang-bayang  result sem lepas. Result yang aku tengok seminggu yang lepas. Tak tipu yang aku cakap aku sangat-sangat down. Demi ALLAH, aku sangat kecewa. Sebab tak pernah sepanjang belajar aku dapat gtuu. Sem lepas memang pengalaman yang paling pahit aku sepanjang bergelar pelajar. Gagal. Yer aku gagal. Dan sekarang aku tengah mencari semangat, tengah memotivasikan diri. Airmata? Tak payah cakap. Memang peneman setia masa nie. Besar sangat ujian yang ALLAH bagi nie. Tapi aku malu untuk cakap ujian tuh besar, sebab aku tahu ujian orang lain lagi besar. Nie hanya cebisan ujian yang ALLAH bagi untuk aku muhasabah balik kot apa aku buat sem lepas? Mungkin.



Repeat? Ya kali pertama diuji dengan perkataan tuh. Bagi aku yang bukan jenis manusia yang berpikiran positf memang tengok benda tuh macam berat jer. Susah sangat susah untuk bagi motivasi pada diri yang memang sangat lemah nie. Hati dah rasa tak mampu nak bawak. Macam-macam ujian yang aku tanggung sekarang nie. Hati dah berbolak-balik. Tak mampu nak berpikir dengan waras. Hanya tahu menangis dan meratap dalam diam. Aku hanya mampu memohon moga semua ada hikmah. Moga ALLAH bantu disetiap perjalanan nie.


Disaat diri diuji aku bersyukur ada kakak, ada kawan yang sentiasa bagi semangat. Sudi untuk dengar segala masalah aku dan bagi aku kata-kata semangat yang sangat ohhsemm. Cuma selebihnya, bergantung pada aku, nak ambik atau buang, kan? Mereka mungkin boleh cakap itu ini, tapi aku yang perlu move on. Nak meratap, menangis, meroyan macam nie atau move on kan? Aku kuat kerana mereka.




Tak tipu cakap yang sem lepas aku memang sangat-sangat lost. Hati masih tak mampu nak terima kos nie. Aku pon tak tahu apa yang aku belajar. Hati, otak, pikiran susah nak hadam apa aku belajar. Masih mencari minat yang sebenar. Masih mencari kos yang sesuai untuk aku. Dan aku realize, aku sebenarnya dah buat keputusan salah. Ya, aku tahu. Dari dulu sampai sekarang. Aku memang selalu je amik benda yang bukan jiwa aku. Tapi aku bersangka baik, ALLAH dah tetapkan aku kat situ maka aku kena teruskan. Walaupun terpaksa. Betul ke apa aku buat? Aku rasa macam masa depan dah gelap. Tak tahu halatuju. Lost. Sesat dalam cahaya mungkin?


Untuk sem nie, tak tahu lagi kehidupan aku macamane. Tak boleh nak bayang . Dan aku masih mencari diri sebenarnya. Kena kuat semangat. Tak buleh stress. Kena pikir halatuju aku.


Tulis memang senang, nak buat perlukan semangat yang tinggi. Doakan aku dikuatkan hati. Doakan aku supaya buleh berlapang dada. Doakan aku supaya positif. Ingatkan pada diri aku yang semua nie ujian yang ALLAH bagi tanda ALLAH sayang. Ingatkan aku. Terima kasih. J


Thursday, January 23, 2014

Dunia baru

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan satu kisah yang buat aku kenal satu dunia baru. Satu dunia baru yang aku kenal setelah aku masuk ke pusat asasi uia  tiga tahun yang lalu. Bulan lima 2011 aku masuk mendaftar kat sana. Duduk dua tiga minggu, aku terima mesg dari akak senior sekolah aku cakap nak jumpa. Akak senior antar mesg nak jumpa beb of course la aku eksaited, nak buat reunion budak sekolah aku ke apa kan. So aku pegi memang dengan hati yang terbukak, jumpa then akak cakap nie macam usrah kita lahh. Meneruskan legasi usrah kat maahad supaya bila dah masuk uni tak culture shock, tak berubah 360 darjah jadi budak entah apa-apa. Gtuuu laa lebih kurang nyaaa. Dan aku memang mencari benda nie sebab aku tahu benda nie penting, dekat sekolah semua benda cikgu suap dekat kau, sampai makanan rohani pon ustaz ustazah yang bagi, tu pun kalau kau amik. Tapi bila kau dah masuk uni, semua benda kau kena cari sendiri. Semua atas bahu kau. Kau yang mencorakkan diri kau. Kau nak jadi baik ke, kau nak jadi budak social. Semua atas kau ok. So bagi aku yang konon-kononnya pernah jadi naqibah kat sekolah maka aku tahu betapa pentingnya usrah nie. Betapa pentingnya dia sebagai makanan rohani aku. Supaya aku ingat yang aku nie budak sekolah agama dan kena jaga imej sebagai budak sekolah agama. Yang lebih penting jaga imej muslimah tu. Kan? So dah ada orang nak berusrah dengan aku, aku on jelaaaa. Datang tadah telinga dan dengar. Macam tu lah aku setahun kat situ. Then dipendekkan cerita, tiba-tiba akak usrah aku cakap ada program minggu tuh, mintak kosongkan tarikh kasi free biar boleh join. Serious, aku ingat lagi, masa tuh aku memang sangat-sangat letih, tak nak pergi. Dah cakap tak pergi. Tapi bila sampai tarikh tuh, hati jadi tiba-tiba rasa bersalah yang teramat sangat. “sanggup kau tak nak pergi semata-mata nak rehat? Pentingkan rehat lagi dari pergi tarbiyah diri?” sentap aku bila hati aku cakap macam tu. Tiba-tiba aku tukar pikiran, cakap nak pergi.


Dipendekkan cerita, di program tulah bermula dunia baru aku. Aku kenal satu dunia yang bernama “jemaah”. Serious, selama nie kalau dengar Jemaah, solat Jemaah je yang ada dalam pikiran aku nie. Korang ingat aku nie budak baik sangat? Serious tak baik langsung. Maksudnya aku bukan budak badan dakwah yang memang superb baik laa kat sekolah. Aku budak tengah-tengah. Baik pon tak, nakal pon tak. Haaa, gtuuu. Haha. So bila dengar macam-macam pasal benda nie, mulanya memang buat aku rasa rendah diri sangat laaa. Yelah, geng-geng yang pegi sana semua geng-geng tudung labuh, geng-geng berkopiah, geng-geng alim ulamak laa lebih senang cakap. Aku nie apa ada? Haish, ilmu sekecik kuman je kot, nak bercakap kat depan pon bukan main ketar gegar, orang lain selamba badak je volunteer. Aku haram laa kan. Tapi yang best, kat sanalah aku jumpa ramai sahabat-sahabat yang pasti bukan dari kos aku. Aku pelik. Sangat pelik. Mereka sangat rapat antara mereka. Mereka mudah nak masuk dengan orang. Aku memang mudah nak masuk dengan orang tapi nak rapat memang tak lah. Susah kot. Tapi mereka tak. Dan ukhuwah sangat dititikberatkan. Mereka cakap, perkara pertama yang awak kene buat sebelum bergerak kerja adalah mantapkan ukhuwwah. dan akhirnya aku telah berakur janji untuk setia dengan benda nie. Inilah pemula segala-galanya. Dengan bermatlamat menegakkan daulah islamiyah di muka bumi ini. Aku bukan lagi mahasiswa yang datang hanya untuk belajar tapi aku mahasiswa yang ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Bukan mahasiswa yang hanya tahu belajar untuk exam semata-mata tapi aku mahasiswa yang ada value tersendiri, ada peranan yang perlu dilaksanakan. Itulah amanah yang baru aku terima.



Mulanya aku ok jer, tapi masuk tahun kedua asasi, aku mula goyah. Dengan kesibukan menyiapkan projek, maklumlah aku budak AED, memang busy nya lain dari budak kos lain. Tak tido malam siapkan projek memang benda biasa, di situlah kesungguhan aku diuiji. Aku mula lalai untuk pergi usrah, semangat mula luntur untuk bergerak kerja. Dengan perasaan rendah diri bila tengok ilmu orang lain lagi banyak, mula perasaan tak layak menguasai diri. Dengan masalah perasaan yang melanda masa tuh, lagi rasa diri nie tak suci untuk masuk ke medan dakwah. Macam-macam penjuru syaitan masuk menggoda aku saat tuh. Dan akhirnya buatkan aku tarik diri dari benda nie. Tarik diri maksudnya aku hold dulu benda nie dekat main camp. “kak, akak nilailah saya sendiri. Saya rasa aku pon tahu yang saya ie tak kuat. Tak sebaik dan sehebat orang lain. Saya pon tak jamin bila busy dengan projek saya still boleh commit dengan benda nie”. Nie antara alasan yang aku bg dekat akak usrah tuh.



Pada akhirnya, ALLAH memang betul nampak yang aku masih lagi tak layak dengan benda nie maka ALLAH hold dulu benda nie dari aku. Aku percaya yang ALLAH takkan bagi sesuatu atau ujian kalau DIA tahu kita tak mampu. So dari situ aku belajar, banyak lagi benda yang aku kene fahami dan paling penting aku kena ikhlas diri untuk berjuang di medan ini.
Akhir kalam, aku mengharapkan doa kalian untuk aku benar-benar thabat dijalan perjuangan ini. Moga ALLAH kuatkan hati ini untuk meneruskan amanah yang diberikan nie. Dan aku tahu, bila masanya tiba, aku akan kembali kejalan ini. Muhasabah diri itu perlu. J



Friday, June 14, 2013

mereka bukan sekadar roomates :)

Bismillah..satu entry yang dah lama dirancang di dalam minda untuk diterjemahkan kebentuk tulisan tapi terlewat di atas faktor masa yang mencemburui..chewahh..sebabnya nak tulis 11 june hari tuh tapi terlewat 2 hari..ok laa kan..hehe..entah laaa..memang akan teringat dekat rumates nie kalau tengok angka 11 tuhh..sebab diorang dah buat satu benda yang sangat sweet pada 11 mei hari tuhh..hari apa? Birthday aku laaa..hehe..setahun bersama buat kami dah mengenali sesama kami..kenal dalam erti kate yang betul-betul kenal..insyaALLAH...sebenarnya rindu nak giler-giler dengan mereka...waaa..serious cakappp !!!

memetik kata-kata dari status imam muda fattah..
"usah berbicara tentang persahabatan andai tak pernah merasa marah, bergaduh, berselisih pendapat, terasa hati, dan menangis bersama"


Dan aku boleh cakap, semua yang kat atas tuh semua kami dah lalui...kami dah lalui semua nya bila together-gether buat GC dan ED..dan masing-masing ada kekurangan, manusia tak perfect kann? tipu laa cakap tak pernah nak bergaduh, tak pernah nak marah-marah tapi di akhir nya ayat nie selalu menerjah fikiran.. " jangan di sebabkan satu kekurangan dia, maka 100 kebaikan dia yang lain kau butakan mata, sebaik-baik kawan adalah berlapang dada" dan pada akhirnya kami akan berbaik jugakkk :)

Mereka selalu cakap.. "tin, aku suka kau yang sem nie, masa sem 1 kau selalu marah-marah, masuk bilik muka tension, stress aku tapi sem 3 niee kau dh ok..dah boleh bergelak ketawa" Haha..aku pon terpikir, yeke aku sem 1 macam tuhh, tapi bila aku pikir balik, aku tahu sebabnya kenapa..sorry :(


Dan paling penting mereka mengajar aku tentang RM..apelagi kalau bukan running man tuhh tapiiiiii aku tak addicted ponn, aku susah untuk di goda..chewahhh..haha..tapi memang mereka minat korea, meraka layan running man tapi yang aku suka. bila masuk waktu solat..mereka akan solat..bukan melagha dengan benda tuhh..mereka selalu bg tazkirahh, ala-ala usrah gituuu..hehe :)



Banyak kejadian yang jadi di bilik KC 332 tuhh..yang paling tragis kejadian amalina pengsan gara2-gara terpotong tangan sendiri time buat ED,,ya ALLAH, masa tuh memang sangat-sangat tragis..hadiah dari ED.. :p

Satu benda yang akan aku ingat bila-bila, di malam terakhir kami di cfs, awal pagi kot masa tu..pukul 1 lebih, buat sesi luahan perasaan..semua ketidakpuasan hati diungkapkan tanpa berselindung..menangis sama-sama atas katil..haha..kelakar bila ingat kembali sebenarnya..tapi tu lahh satu kenangan terindahh..kenangan yang tak tahu akan berulang lagi atau takk, lepas nie masing-masing ke gombak tapi tak tahu masihkan sebilik?? itu yang buat kiteorang selalu risauu..sebab susah untuk rapat dengan orang baru nanti..dan susah untuk dapat orang yang ikhlas berkawan tanpa pandang apa-apa..


Aku harap, andai takdir aku tukar kos, ataupun tukar majoring, korang tetap ingat akuuu !! doakan kejayaan bersama.. aku pasti merindui ila yang malas nak berjalan jauhh, anim yang suka dengar lagu yg entah pape tuhh, amal yang selalu jadi peneman aku :) kalian hebadddd sangattt ! tahniahh untuk result final yang gempakk tuhh yerrr :D


#332FH# #332A# #332H# #332S#

dan yang nie akan aku ingat sampai bila-bila! replay 150 juta kali tahuuu ! hehe..thankss korangg sebab memahami dan paham akuu ! sayang korang ketat-ketat! *pengakuan ikhlas dari aku* :'(





Friday, November 2, 2012

GC united us~

Kalau kat bawah tadi pasal gc, pasal drawings aku..sekarang aku nak cerita tentang mereka-mereka yang sering bersama aku..sama-sama stay up malam-malam..sama-sama stress, sama menggila buat benda nih dan yang paling penting sama-sama bagi semangat untuk siapka kerja nieee...love korang sangat-sangat..jasa korang memang aku tak kan mampu balas tapi ukhuwah antara kita akan aku kenang sampai bila-bila..insyaALLAH..
roomates yg sentiasa menahan sabar dengan pearngai tak menentu aku..selalu je gaduh dengan diaorang..haihhh~



chibi dann cikguu,,diaorang jiran aku..satu wing dengan diaorang..mereka sangat-sangat lahh positive thinking..aku sedut aura dari diaorang lahh..hehe..
dia..dia lahh tikahh! orang yang penuh kesabaran mengajar aku....memang aku takkan lupa diaa..jasa kau aku kenang tikah =)


timah dan nj..sama-sama stay up dalam studio..gambar nie diambik ponn dalam pukul  3 pagi kott..

errr...nie cikgu last-last minute aku..ajar aku cara nak buat bumbung..hehe..thanks sifu.. *tak kenal pun dia sebenarnya*

keadaan studio di waktu pagi

oopppsss..terambik gambar dia tengah tidur..nie amnani..hehehe..penat dahh buat benda alah nie kann.. =)

dia seorang yg hebat gC! nazihah ~
Last but not least..gambar perpisahan dengan budak-budak studio 4..last day for gc for sem 1..korang tetap dalam hati sebab kita dah macam adik beradikk.. ^__~


aku jadi sample masa portfolio day hari tuhh,,markah aku??? tengok lahh sendiri  kat kertas tuhh..haha 




ragam-ragam putera puteri studio 4









studio master kami..Madam Juria.. U r always in our heart madam =)



satu family 

tak cukup sorang rasanya nie..


nani, aku, abi~




tulah serba sedikit gelagat-gelagat kami..dan saat tu lah kali terakhir kami berkumpul beramai-ramai..sem depan nanti semua dah berpisah...dah group lain-lain..yang sekelas tuh sekelas, yang tak, tak lahh..so kenangan nie akan di ingati sampai bila-bila.. =)


Thursday, November 1, 2012

my zombie life~

Mood untuk menulis itu perlu dicipta bukan menunggu mood tuh datang..Ok, now i have forced myself to write this entry sebab niat nak update tuh dah lama ada tapi mood tak datang..terkesima dengan komen sorang kawan kat fb so aku paksa diri nie menulis..Hehe..

Ok..aku mulakan entry nie dengan lafaz assalamualaikum..korang apa khabar?? hope sihat-sihat sentiasa ya..
*bajet ada orang baca entry aku nie* Bila aku tengok entry last tuh, entry bulan 6 lagi kot..entry sebelum aku masuk sem 1..sekarang nie alhamdulillah aku dah berjaya menghabiskan sem 1 tuh dengan jaya nya.. *jaya lahh sangat, tak jaya lagi sebenarnya sebab result exam  tak keluar lagi..huhu* dalam entry nie aku nak cerita pasal sem 1 yang aku cakap sangat-sangat mencabar tu sebab aku dah start buat gc kan.. YA..sangat-sangat mencabar..bila aku ingat balik macam tak percaya aku berjaya buat semua benda tuhhh..benda yang aku selalu fikir..impossible nya lah aku nak buat benda nih..tapi sekarang..alhamdulillah berjaya mengakhiri semua tuh walaupun perit..serious buat gc penuh dengan drama..drama airmata, drama stress, drama rasa give up, drama menyampah dengan orang sekeliling, drama rasa rendah diri dengan orang-orang yang hebat benda alah tuhh..drama rasa down..semua tuh aku rasa hanya dalam GC ataupun graphic communications..



Mula-mula dapat exercise tuh, sumpah aku menangis buat benda tuhh..menangis sampai aku mudah sangat sensitif dengan benda-benda sekeliling..tapi aku bersyukur dapat roomates dan kawan yang saling support..saling bagi semangat..saling bagi nasihat..serious sayang korang! tanpa korang mesti aku tak dapat nak buat gc tuhh..special thanks to my dearest sister..kakak yg selalu ada bila aku rasa down, yg selalu bagi aku semangat untuk buat benda nie..ye lahh..korang kena memahami perasaa orang yang tak minat langsung benda nie tiba-tiba kena buat kann..tak kan rasa happy sama dengan orang yang memang rela hati nak ambik course nih..benda biasa sebagai student AED..stay up malam-malam..sampai otak aku pon memang dah set malam bukan waktu untuk tidur...malam waktu untuk buat kerja..sebelum-sebelum nie aku tak pernah stay up sampai pagi-pagi buta semata-mata buat kerja kot..SPM pun tak pernah buat macam tuhh..tapi bila hal melibatkan drawings, aku berubah 360 darjah..stay up sampai pukul 5 6 pagi then lepas tuh baru tidur..stay up pulak dekat studio, buat benda tuh dekat studio..dulu kalau aku dengar studio, aku hanya tahu studio tuh tempat orang menyayanyi, rakam lagu-lagu mereka tapi sekarang studio yg aku kenal studio untuk melukiss.. =) melalui drawings aku belajar erti kesabaran, erti ketelitian, erti kebersihan..Hoho..ye lahh setiap lukisan yang korang buat, memang perlukan kesabaran dan keletlitian yang sangat tinggi..setiap garisan ada ukuran kottt, memang kene ukur betul-betul kalau salah kena ulang dari awal lahh maksudnya..and for sure semua orang boleh melukis tapi yang membezakan markah adalah kebersihan dan kekemasan,,kalau hasil kerja korang hancur maka hancurlah markah korang, kalau cantik maka macam tuh lah markahnya..dan hasil kerja aku memang tak payah cakap lahh kan..tak termasuk dalam kategori A ponn.huuu...dan untuk pengetahuan..perkataan yang paling famous dikalangan budak AED nie..REDO dan REDHA...redo selagi boleh redo dan redha lah dengan hasil kerja korangg..best kann?

tapi alhamdulillah..aku berjaya lalui semua nie selama 5bulan bersamaan 1sem aku dekat cfs tuhh..sem 3 nanti lagi tough kot..aku akan ambik ED..means environmental design..kena buat model bangunan sendiri..lagi lahh mencabar mental dan fizikal..btw this is my life, this is my journey, i must accept that..he knows the best..insyaALLAH..

they are my roomates~

dalam studio

khusyuk buat kerja oooo~


this is what we call architectural drawings
site plan

floor plan

section view

front view

right view

one perspective point

two perspective point


Akhirnyaaaa siappp kotttt !


sketching







~nielah antara drawings aku..sebenarnya nie dah last-last sem..drawings awal-awal sem aku dalam kamera, cable kamera hilang, gambar nie semua yang dalam phone..takpelahh, asal korang dah dapat bayang antara hasil kerja aku kann..heeee..amacam..buruk gler kannnn~
^___^