Sunday, December 25, 2011

..ujian ALLAH..



~menanti untuk buat benda nih nanti asasi tahun 2~
huhu


SEBENARNYA

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkan anda dalam BIDANG itu

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakan anda KEPAKARAN itu

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH masukkan KELEMAHAN itu

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu

MELAINKAN ALLAH tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu

MELAINKAN ALLAH tahu anda akan membiakkan ilmu-ilmu itu

MELAINKAN ALLAH akan menemukan anda dengan insan-insan yang ikhlas membantu

MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu

MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya nilai KASIH SAYANG padamu

Masihkah lagi tidak bersyukur???



sebenarnya aku nak cerita perasaan aku bila aku dapat tahu yang aku tak dapat tukar kos!!!
ALLAHUAKBAR..memang tersangat2 sedih+kuciwa segala bagai lah..
masa mula2 masuk CFS hari tuh, aku dah try apply tapi tak dapat..
then aku cuba nasib lagi lepas habis sem 1 hari tuh aku try apply lagi dengan harapan aku dapat..
tapi sekali lagi aku kecewa bercinta..
keputusan dia negative..ALLAH..kali nie memang tersangat2 sedih..
aku dah tak tahu nak cakap apa..dan sampai satu saat aku macam dah tak nampak masa depan..
hurmm..bukan la aku nak cakap yang aku dapat tengok masa depan..memang tak laa..semua orang tak dapat tengok masa depan..ish..ish..ish..cuma maksud aku..aku dah tak tahu apa yang aku nak jadi masa depan nanti..
at least orang lain diorang dah ada perancangan masa depan..
dah tahu apa nak jadi dengan kos yang mereka belajar sekarang..tapi aku???
waaa..serious i dont know what to be..hukhukhuk..
kadang2 datang dalam kepala otak nie suruh aku tukar u, apply upu untuk tahun depan..
err..dan aku buat benda tuh..aku dah apply untuk fasa 1..haha..giler tak aku?? tunggu untuk apply fasa 2 pulak..yang tuh kena beli no pin pulak..tapi bila difikir2 kan balik macam rugi aku buat macam tuh...nanti aku menyesal pulak..sebab dulu aku diberi pilihan antara matrik atau uia..tapi ALLAH gerakkan hati aku untuk pilih uia dan tak payah tengok pun matrik..dan aku tahu semua tuh pasti ada hikmah kan2????
dan sekali lagi ayat di atas tuh buat aku berfikir+tenang..
aku tahu bukan saja2 ALLAH nak bagi aku kos nih..aku tahu ALLAH sayang aku..DIA just nak uji aku sikit...DIA nak suruh aku bersusah payah dulu sebelum bersenang dikemudian hari..dan aku harap sangat aku dapat lalui semua nih dengan tenang dan berjaya..insyaALLAH..jangan pernah putus harapan pada DIA..
please pray for me.. ^_^


Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu,


...maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya

Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, 

...maka ALLAH menguji kesabaranmu

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, 

...maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu...





Friday, December 9, 2011

..islam itu indah..


BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH. ^^,




Wednesday, December 7, 2011

..murah..




‎..lelaki yg murahan pasti mencari perempuan murahan..
..dah dapat perempuan murahan, cari pulak hotel murahan..
..dah dapat hotel murahan, dapat pulak anak hasil hubungan murahan mereka..
..akhirnya anak tak bersalah digugurkan, dibunuh..



**yaALLAH..peliharalah diri aku dan kawan2 aku dari hubungan murahan ini..kdg2 brg murah tu bagus tapi untuk sesetengah perkara tidak..amin**

** maaf, sedikit meluahkan perasaan sebb sy tertengok pasangn yg sedg berasmara di dlm hotel, bila nmpk org tgk mereka terus tutup jendela hotel..tp aku ber"husnu zhon" yg mereka tuh suami isteri...saya baik..hukhukhuk**




Friday, November 25, 2011

..keboringan ketahapan kecipaan..XD




entry nie ditulis sebab aku dah boring tahap cipan..
TAHAP CIPAN???
ok..korang fikir sendiri lah ye maksud dia tuh..haha
serious aku cakap..aku dah boring nie..
almaklumlah dah nak habis bulan kedua aku cuti..
ada sebulan lagi masa cuti sem aku..
adoii..nie lah orang cakap..
kalau time belajar nak cuti..time cuti nak belajar..
EH..nak belajar??
yeke???
haha..
ikut lah belajar ke kerja ke asalkan dalam sehari tuh masa dihabiskan dengan buat benda2 yang tak memboringkan..

ok guess what i am doing all the day???
haha..
hurm..benda pasti online la kan..hehe
tak sah kalau aku tak online sehari..
bukak FB tuh wajib..dah tak sunat bagi aku..haha
setengah jam pun jadi laaa...


kawan aku dia cakap cuti2 nih tak de la benda lain dia buat selain makan. tidur, online, tengok tv dan mengelamun..haha
nice jobs.. =)
hurmm..aku pun buat semua benda tuh..of course la kan..
tidur tuh memang dah sebati dengan aku..hikhik..
tapi bab makan nih..
aku sebenarnya kurang sikit bab2 makan nie..
bukan nak cakap yang aku DIET ok..owh..tak ada istilah diet dalam kamus hidup aku..
istilah nak menaikkan berat badan ada laa..huhu
aku bukan jenis yang kuat makan..*mungkin sesuai dengan aku*
bukan macam sesetengah orang..boring sikit cari makanan, stress sikit cari makanan..makan wajib tiga kali sehari..
**owh..bestnya kalau aku macam nih..jeles dengan kamu..huhu*
aku kalau buat benda sikit macam baca novel ke, online ke makan tuh aku tolak tepi..dah tak ingat nak makan daaa..sebab tuh la aku nih tak berapa nak besar kan..huhu..
bab tengok tv pulak..hurmm..mungkin blh cakap yg aku bukan hantu tv..tak menghadap sangat tv tuh..kalau ada cite best jer baru aku layan..tak pun kalau borim tahap giga baru aku tengok la cite pape pun yg ade tuh...

tapi aku suka jalan2..kalau petang2 tuh aku akan ambik motor ayah aku, bawak anak2 sedara aku..ronda2 sekeliling kampung...hehe
well..aku kan suka berjalan..mungkin boleh cakap org kampung pun dah kenal anak bongsu yusoff nih..hehe..
tak pun aku aku akan pergi la rumah sepupu aku..
satu2nya rumah sepupu yang aku selalu lepak..borak2 dengan diorang boleh membuatkan aku tak sedar waktu berjalan..hehe..

hurmm..so sekarang nie aku akan mengulang benda nie sampai la tahun depan aku pergi CFS IIUM balik..adooi..
boring!!!!!!!!!!


haha..lawa jugak ye..T_T

Tuesday, November 22, 2011

..aku nak tunang..=)



************************************

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis.
Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubahBlockquote. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu.
Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku.

Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
..........................................................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari
Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana
rezeki di malam pertama.

Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan
dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

 haha..best tak cite tunang aku???
hurmm..betul kan?? setiap benda yg bernyawa sebenarnya sudah ditunangkan dengan kematian cuma masa, detik dan ketika jer kita tak tahu..sebab tuh la kita kena bersedia..sebab tak ade istilah mati mengejut pun sbnrnya kalau kita ingat bahawa tarikh nya sudah ditetapkan..yaALLAH..takut menghadapi saat tu sebab amal ibadat hanya sebesar kuman..tak tertanggung balasan di akhirat nanti..yaALLAH..engkau maha PERANCANG..rancanglah sesuatu yg baik untuk aku dan semua..amin..


 

..wanita itu unik..

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



“WANITA itu ISTIMEWA”




..menangislah selagi boleh..apa guna ALLAH ciptakan airmata kalau kita tak nak gunakan dan manfaatkannya..smile fatin smile..=)

Sunday, October 16, 2011

..HAHA..

HAHA
tu je reaksi aku masa bukak blog nih dan update blog nih..
serious nak gelak sampai terguling-guling bila baca post terakhir blog nih...
ye lah..pertengahan ramadhan lagi???
sekarang bukan setakat puasa dah abis, raya pun dah lama lepas..syawal pun dah say good bye..
fuh..lama gila aku tak update blog nih..
sebab???
aku MALAS..
yer malas..kalau dekat asrama sebab "kelajuan wifi yang teramat sangat tapi bila dah balik nih sebab malas la...
padahal on9 24jam tapi tak pernah nak jenguk blog nih.huhu..sedih2..kesian kat blog aku nih..
jangan nangis cik blog..even aku tak update tapi dirimu tetap dihati..chewaahh..haha..
malam nih tetiba timbul perasaan nak update blog nih dan ada semangat nak aktif berbloging balik...
boleh kan?? hehe
hurmm..ye la tuh kau fatin..tengok2 hangat2 kuah tomyam jer..
err...ngee..
kalau ada apa2 best insyaALLAH aku post kat sini lepas nih..

tengah berfikiran nak tulis apa nanti..hehe..
 
**bicara hati**

Wednesday, August 17, 2011

..dah pertengahan Ramadhan sudaa..

sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan Ramadhan dah rupanya..
hari nie dah selesai terawih malam ke 17 kan..
amacam??
korang masih kuat untuk terus melakukan ibadah di akhir ramadhan nie??
ke semangat korang dah luntur megikut hari ramadhan yang semakin meninggalkan kita??
aku harap tidak..
aku harap semangat kita akan terus bertambah seiring dengan janji ALLAH yang akan memberikan hadiah pada malam-malam akhir ramadhan nie..apa lagi kalau bukan MALAM LAILATUL-QADAR kan??
malam yang penuh barakah...
ok..aku bukan nak terangkan kat korang tentang kelebihan malan nie..
kalau korang nak tau cuba google sendiri yer..
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..haha..

aku nak cerita pengalaman pertama aku berpuasa tanpa family disisi..
ALLAH..memang sedih yang teramat laa..
maklum lah aku bukan pernah duduk asrama pun so normal la bagi aku kan?
so korang jangan cakap "alah minah nih, biase la tuh puasa sorang2..manja pelik la pulak"
heh..helloo..sesedap kuih koci nak cakap cam uh..
sila faham sikit perasaan aku nih..
kan dah cakap FIRST TIME..
selama nie berbuka+bersahur+pergi smbhyang terawih..
even kejut bersahur pun mak aku tau..huhu
 so semua nya dengan family ok..
sekarang nie semua kene buat sorang2..
beli makanan sendiri...kalau dulu hati nie berteriak suka la kalau ayah aku bawak pergi bazar ramadhan..
ye la beb..kan boleh beli macam2..
sekarang nih tengok bazar tu pun dah boring..haha..ye laa bazar ramadhan kat tepi uia nie jer...
tapi yang spoil kena beli dengan duit sendiri..sebelum nih guna duit mak ayah jer..ish3..
so bila pergi bazar dah tak ade la perasaan happy uh sebab kene menahan nafsu dari beli benda2 tak penting..
kalau tak duit tu mengalir macam air laa..
silap2  duit biasiswa untuk setahun habis untuk 1 sem nih jer laa..haih..

dan satu pengalaman penting yang aku dapat sejak duduk asrama nie..
macam2 perangai yang aku jumpa..
ada yang berkejar2 nak buat ibadah..excited  bila ramadhan sampai..pergi ceramah tu..ceramah ini..buat program tu..program ini..alhamdulillah..itu yang kita nak kan..
tapi yang aku sedih bila ade segelintir orang yang tak rase pape bila datang nya ramadhan nie melainkan yang diorang tau..tak makan tak minum di siang hari..
malam buat hal masing...
malahan yang lebih teruk bila dibulan ramadhan nie makin teruk jadinya...
contoh..subuh makin lewat..bukan setakat subuh tapi isyak pun..astaghfirullah..
ok..aku mengaku yang  aku pun pernah terbabas subuh..
entah subuh ape dah..bukan subuh gajah dah subuh dinosour kot..huhu..
memang serious menyesal gila2 tido lepas sahur sampai jadi cam tu sekali..
waa...itu lah pengajaran nya bagi aku..huhu..
tapi serious dekat sini baru terasa peranan kita nie sebagai DA'IE..
kan nabi dah cakap setiap orang di muka bumi nie pendakwah..
dan dekat sini korang tolong la jangan nak sempitkan pemikiran korang tu lagi..
bila dengar berdakwah jer  mesti la fikir pasal benda berat2..
berceramah laa..pakaian pun berbeza dari orang lain..
heh..helloo..berdakwah tu maksudnya mengajak orang melakukan kebaikan..
contoh: korang ajak kawan korang sembahyang berjemaah..haa.. tu dah kira berdakwah la tu..sebab korang nak daptkan pahala lebih..27 beb..kalau duit nak je kan..dah kira korang ajak diorang buat baik laa..
haa..get it???

ok..sambung balik..
aku rasa macam aku tak layak nak ajak orang buat baik..sebab aku pun tak baik pun..
tapi ada certain case yang aku jadi sedih+nak nangis bila kita ajak orang buat benda baik tapi orang tu tak nak..
ALLAH..memang sedih tahap tak ingat laa..
tapi aku cuba cakap kat diri aku..
yang aku bukan lagi kat maahad..
aku kat uia..
tempat yang bermacam2 jenis manusia ade..
bukan semua sejiwa dengan kita...
so kita kena memahami situasi itu..
 so insyaALLAH...aku akan cuba..

haaa..benda paling penting...
ada 8 hari lagi aku nak jejak tanah kelate..
wahhh..serious rindu nak balik kelate..
tak tertahan rasanya perasaan rindu nie..
sabar fatin..masanya akan tiba..









Monday, July 25, 2011

.."dia" menjelma balik..

...ok..esok "dia" akan start menjelma balik..
dan "dia" akan berakhir minggu depan..
serious cuak gler nak berdepan dengan "dia"..
tak tahu la result "dia" macam mana nanti..
waa..dah 6 bulan hidup aman tanpa "dia"..
tetibe "dia" muncul untuk mengganggu hidup "aku" nih..
"dia" memang jeles dengan keamanan yang aku kecapi nie..
waa...aku tak sabar nak habiskan "dia" nie..
tapi aku tak buat preparation pun nie..
macam mana nak buat ek??
aku harap "dia" tak berapa susah la..
even aku bermula dengan subjek yang aku tak minat..
INTRODUCTION TO MATHEMATICS FOR BUILT ENVIRONMENT
huh..
maths AED nih lain dari maths subjek lain..
nie first time akun nak merasai "dia" kat alam u nih.. 
haih..tension yang amat kot..
huhu..aku dah macam nak exam final nie..kenapa yer??
haha..maybe sebab nie dah masuk alam u..
nervous "dia" macam lain sikit..waa..
kalau kat sekolah memang aku still main2 laa..
mid sem baru kot..
tapi kat sini..owh..tak sanggup aku..
sebab tak tahu lagi "dia" punya soalan kot..haih..
tak pe..tak pe..
aku akan cuba untuk buat yang terbaik..
insyaALLAH..
doakan aku kamu-kamu semua..
thanks.. =)
~jazakallah~


p/s: mesti dah boleh agak "dia" tu apa kan???
       huhu..exam fever kan sekarang nie??
       gud luck untuk kamu yang akan ambik "dia" jugak..
      dia aku tulis warna BIRU sebab aku tak suka warna BIRU sama jugak dengan aku tak suka dia..haha
        (",)

◢▩▩◣
▌▌▌▌▌<-kejayaan
▌▌▌▌▌
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬<-tgge kjayaan
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬\O
╬═╬ /▌<-kite
╬═╬ //

marilah kita sama2 berusaha memanjat tangga demi kejayaan . walaupun penat, teruslah memanjat, setiap kesulitan ada kemudahan dan kejayaan itu sangat manis . sesungguhnya, masa itu emas :)



 nie yang aku akan hadapi..waa..


nie maths ok..huhu..



 nie cute sebab warna hijau..haha



Friday, July 22, 2011

..kisah BTN..


Haha..dah selamat menjalani kursus btn..
Oopss..bukan btn lol..tapi kursus transformasi mahasiswa..
Hurmm..kursus untuk menukar pandangan mahasiswa tentang Negara kita..
Untuk menyelamatkan  mahasiswa dari tersalah membuat pilihan…
Hah?? Pilihan?? Pilihan apakah ini..
oo..pilihan untuk memilih pemimpin terbaik untuk masa hadapan..
ok2..saya faham sekarang…  =)
untuk mem “brain wash” kami semua yer untuk memilih parti yang betul untuk mentadbir negara???
Ooo..macam tu..huhu..
Eh2..sory..aku tak nak lah jadikan blog nih blog berpolitik..
Owh..tidak sama sekali ok…even aku nih seorang yg minat jugak politik nih..
Kadang2 la ambil tahu jugak..tak de la orang nak cakap aku nih rakyat yang tak kenang budi or katak dibawah tempurung..tak tahu pape pasal Negara..haih..tolong sikit..
Tapi dalam blog nih tak kan sesekali membicarakan pasal politik ok..harap maklum..huhu
Hurmm..kem tu ok laa..malas lah nak komen lebih2..tak pasal2 kena tangkap ISA lak aku..haha
Tapi serious aku tak puas hati satu bende jer..asyik dop mengutuk Kelantan..
Ape kes?? Ish..
Ayat yang tak boleh blah oleh seorang fasi..
“ tengok la Kelantan tu ape yang ada 20 tahun memerintah?? Tengok tun dr mahathir ape yg dia buat untuk Negara kita?? Macam2 ada..*eh2..baca ala2 iklan astro tau..hehe* jambatan pulai pinang..klcc..” haha..what der..memg sengal laa..abis tu bangunan yg bayak2 kat kelantan tu ape?? Contoh la bazaar tengku anis..kbmall..maybe fasi tu tak pernah datang Kelantan kot sebab tu dia cakap cam tu..huahuahua…. =)
Ok..dah2..tutup kes pasal BTN tu..bak kata kakak aku.. “masuk telinga kanan keluar telinga kiri jela derr..huhu..ok..itu yang aku buat sekarang..
Tapi serious..pergi BTN buat aku rindu PLKN..waa..ade la persamaan dia tu..pagi2 kene kawad sikit..kene lapor kekuatan ..yg tak boleh blah bile lagu tema BTN pun 1MALAYSIA..tapi just  nyanyi jela, takde la sampai kene buat gaya2 sebagai..haha..tp time aku nyanyi tuh serious tangan nie macam nak terbuat jer gaya2 tu semua..haha..dan mase kene buat trademark kumpulan, lagu, logo..banyak sangat persamaan yang dah ade kat PLKN uh..tepuk2 semangat laa..nyanyian laa..waaa…nostalgia betul laa..tu la mase kat PLKN nak balik, tak best laa..sekrg rindu pulak..huhuhu..nak buat macam mana..itu lah lumrah manusia..hehe.. ok la..pape, aku akn jadikan tu sebagai kenangan terindah aku..never forgot that..


 haha,,nie name tag aku ok..hehe



..fuh..comey background uh..hehe..

Friday, July 15, 2011

..my new life..CFS IIUM PJ..

assalamualaikum...w.b.t..
ya ALLAH..teramat lama aku tidak meng update blog ini..
biarpun hari2 pasti aku akn menjenguk blog ini...
tp entah laa..kenapa aku rasa macam tak ada mood nak tulis ape-ape kat sini..
tapi..insyaALLAH..starting today i will always update this blog..=)
sekarang nie aku kat uia..seperti yg aku cakap kat entry aku sblm nie..
pelbagai cabaran dan onak duri yg aku terpaksa tempuhi sebelum datang sini..
ececece..mcm kene pergi berperang pulak..hakhakhak..
tapi maybe betul..aku berperang dengan diri aku sendiri dalam membuat keptusan terbaik untuk diri sendiri..
huhuhu
hingga saat ini dah 47 hari aku berada dibumi UIA nih..
bermakna dah 47 hari jugak aku tinggalkan family..tinggalkan kelantan...
waaa..sedihnyer la bile mengenangkan balik..=(
aku sebenrnyer banyak sangat nak cerita segala benda yang terjadi kat aku sepnjgn berada kat sini..
dah macam2 yg jadi..hurmm..tapi nak start camner yer..huhu..
tapi satu yg pasti..
aku suke UIA..aku dapat apa yg aku nak..even aku tak dapat kos yang aku nak...
tak pe laa..aku hanya redha untuk itu..
teruskan hidup dengan AED dulu buat sementara waktu..
ALLAH kn0w the best f0r me..=)

hurmm..sekarang nak cakap yg esok aku akan pergi kem biro tatanegara..(btn)
what der..ish3..kem apekah itu?
tunggu je la esok..kem tu selama 3 hari..bermakna jumaat, sabtu dan ahad..
hurmm..terseksa tak hidup aku nanti ek??
huhu..tapi serious macam tak nak pergi..
ramai yg cakap tak best..haih..cuti2 nie tid0w lagi best..haha..
miss sleepy betul la ku nih..ngee..

hurmm..
dan satu lagi kenyataan..
CIK FATIN UMIRAH memang tak boleh lari dari benda yg dia BENCI..
ape la kalau bukan MATHS!!
huh..i hate this subject...eee..tolong laaa..
tapi aku kene terima kenyataan yg aku terpksa tempuhi nya jua..
AED pun ade subjek nih dan malang bagi aku coz aku dapat subjek nih untuk sem 1 nie..
waaa..nak nagis rase bljr..tp mujur maths dia tak susah sgt..
errr...tak susah??? bagi aku susah!!
tapi aku try untuk mudahkan nya..yaALLAH bantulah aku..
mudahkanlah aku untuk terima segala ilmu yang aku belajar..
amin...

last but not least..
I LURVE MY BLOG..
dan satu bende penting bila aku dah tukar address blog aku..
dulu kan ntahpapertah,blogspot.com
tapi sekarang..
aku kan budak hijau..
mana boleh lari dengan warna hijau..
**ngee**





Sunday, May 29, 2011

..sebaknyer laa..

assalamualaikum..
lebih kurang 3 jam lagi nak bert0lak ke KL..
oh..nak tinggal bumi kelate daaa..
seri0us sebak..
waa..nak nangis da rase..hurmm..
tp tak pelah..gaya cam aku s0rang jer nak pegi jauh..huhu..
pergi jauh sebab belajar tak per..
itu JIHAD ok..

hurmm..
aku harap ALLAH permudahkan segala urusan aku..
dan sem0ga selamat sampai ke destinasi yg dituju....insyaALLAH..amin..

hari nie bert0lak ke KL..
es0k baru register kat uia..
aku masih lagi buntu..
tak tahu samada nak stay k0s AED tuh ker nak tukar kos..
hurmm..gaya mcm boleh jer tukar k0s..
ingat senang ke fatin??!!
susah d0e..
c0mpetiti0n kat uia tuh teramat2 la hebat tau!!
nie dah kire untung k0 dapat uia tuh..
err..hurmm..ok..
tapi aku kene buat istikharah dulu..
mintak yg terbaik..
aku takut tak leh nak g0 0n jer dengan k0s uh..
tak ker naya aku??
tak pasal2 kene tendang..
ohh..tidak!!! nauzubillah...!!!

hurmm..pape,
wish me luck k....
dah tibe mase jadi budak u nih..
dah kene survive sendiri hidup..huhu...
berdikari org cakap..

untuk aku dan kamu..kawan2 aku..
pesan aku..
kat mane kite berada..
taraf mane pelajaran kite..
stam ke, dipl0ma ker, matrik ker, asasi ker, nak p overseas ker, stp ker..
d0 da best am0ng da best..
ingat ALLAH selalu..
jgn tinggal s0lat..
jgn kejutan budaya...
n lastly...
d0akan kejayaan bersama..
dunia dan akhirat..
insyaALLAH..amin..