cuba untuk menulis bila tadi ada kawan bukak story pasal blog. rindu kott blog nie. feel like weyy dah lama sangat dah nie tak menulis. entahlah tak tahu mood rajin nak menulis tu hilang ke mana. dibawa angin sumatera kot. haha. padahal last entry bulan september kot, xdelah lama sangat ponn kan. tapi tu lah, kan carik blog time nak meroyan ja tapi sekarang nie kalau sewel sikit cari twitter dulu. tak rajin sangat dah nak log in blog niee. haish.
tapi nak story jugak lah. hari nie kerja. tapi serious tak pernah pon terbayang terfikir termimpi nak buat kerja nie. entahlah rezeki datang tiba-tiba. walaupon dah terdetik hati bajet-bajet macam nak kerja sebab datang awal kat uia.*ada orang paksa datang awal. :p*. tak pernah datang awal uia walaupon cuti lama mane sekalipon. duduk rumah tu kan best. gaduh-gaduh dengan makhluk kat rumah tu best jugak sebab benda tu lah yang akan buat kita rinduuu. hehe. sebenarnya nak follow kawan aku budak-budak urp buat survey under kaed, dapat payment jugak tapi entahlah macam berat hati dan tiba-tiba dapat invitation untuk kerja tadi. macam best terus setuju. and seriously kerja jadi photographer nie penat lah jugak sebenarnya walaupon kerja aku tadi hanya pegang kamera record video sepanjang event tapi cabarannya tu lahh event kanak-kanak riang weh. penat nak suruh mereka ke tepi jangan halang kamera. bukan setakat mereka mak ayah pon sama. yelah excited anak kecik-kecik dah grad. mestilah nak ambik gambar jugak kan. aku yang tengok nie jealous. teringat gambar pakai jubah lepas habis pra dedulu. balik nanti nak carik lah gambar tuu nak terobek sikit. hehe.
baru-baru nie baru ja berazam nak belajar photoshop sebab sekarang nie memang satu advantage lah kalau pandai benda alah tuu lagi-lagi untuk aku budak planning nie. memang bermain dengan design ja. sampai bila nak pass dekat orang kan kerja-kerja design nie. tapi tu lahh semangat tu dia macam sekejap panas sekejap sejuk. masalah gak nak carik semangat rajin nak explore benda alah nie. lepas nie insyaAllah boleh lah kot sebab dah jumpa dah sifu yang boleh ajar benda nie. hope menjadilah lepas nie. boleh carik makan kot pandai benda alah nie. haish fatin belajar laa belajar. sampai bila nak harapkan orang nie, ish. ish. ish.
okkk. tuu jeelaa setakat nie. jumpa lagi. sesungguhnya cinta kasih dan sayang takkan pernah hilang dari blog nie ;)
No comments:
Post a Comment