Tuesday, June 12, 2012

bajet hot lettew


Tadi aku terbaca satu status friend kat fb.."Orang yg tak approve orang add dia ataupun orang yang suka remove friends dia dalam fb adalah orang yang bajet hot"..Owh ok serious aku terasa dengan status tuh sebab aku macam tuh laa..hurmm..aku nak menjawab kata-kata tuh..well, aku kan suka menjawab..eh tak, bukan menjawab sebenarnya tapi mempertahankan diri kenapa aku buat macam tuh..ade sebab sebenarnya..

First of all, gambar kat atas tuh antara friend requests yang aku tak approve..setakat malam nie aku ada 23 friend requests yang terpaksa disimpan..tu pun ada yang aku dah delete friend requests mereka..hurmm..takde lah banyak sangat kot aku rasa berbanding dengan orang lain..dan kebanyakan yang aku tak approve ialah lelaki..hurrmm..


Sebenarnya friends aku dalam fb tuh adalah antara mereka yang aku kenal ja..aku hanya approve mereka yang aku kenal, tak pun mereka yang ada kaitan dengan kehidupan sehari-hari aku..yang lain aku akan pikir dan pertimbangkan dulu sebelum approve sebab tuh laa aku lambat nak approve orang yang add aku..mengambil masa berhari-hari baru aku approve mereka..hurmm..mintak maaf sangat-sangat..

Aku melakukan demikian kerana ingin menjaga diri aku..*asal ayat aku skema sangat* betul orang cakap "Apa salahnya nak berkawan, dalam fb je pun..berkawan biar seribu. bercinta biar satu" Hurm..ye, betul..aku tak pernah menolak kata-kata tuh tapi kadang-kadang aku terpikir, apa yang best berkawan dengan orang yg kita tak kenal dalam fb nih? Nak comment pun rasa terbatas, apetah lagi nak bergelak ketawa..kan-kan? Kalau nak buat macam tuh mesti lah orang yang kita kenal jugak lah yang kita akan cari kan? So ape faedah nya kat sini? Ya, ada orang cakap "Mana tahu orang dalam fb tuh lah yang akan tolong kita satu hari nanti"..Ya, aku tak nafikan jugak benda tuh tapi sebelum kita mencari mereka pasti kita akan cari family dulu, kawan-kawan yang rapat dengan kita dulu kan?? Betul tak?

Dan kat sini aku tak nak persoalkan kenapa korang add someone tuh untuk jadi friends korang sebab tuh hak korang..Tapi nak cakap pasal aku, aku memang jarang giler add orang, kalau aku add pun memang orang tuh dah pasti-pasti aku kenal dan ada keperluan kenapa aku perlu berkawan dengan dia..So kepada sape-sape yang aku add tuh, sila hargai..Haha..

Dan kat sini aku nak bagitahu mereka-meraka yang aku tak akan malu-malu kucing lah nak approve..Selain daripada yang kat bawah nie, kene pikir panjang dan stalk diorang punya fb sebelum aku approve..
  • kamu adalah family aku..abang, kakak, abang ipar, kakak ipar, adik beradik ipar-ipar tuh, sepupu sepapat dan sama waktu dengannya..
  •  bekas pelajar sekolah kebangsaan pasir hor..
  • bekas pelajar maahad muhammadi perempuan..
  • kawan kat tempat tuisyen aku..
  • bekas pelatih kem PLKN entnobotani gua musang
  • pelajar di CFS IIUM..tak kira lah kos apa pun..
  • kamu kawan kepada kawan baik aku, kawan kepada adik beradik aku..
  • dan mereka yang aku tak kenal tapi benda yang mereka post dalam fb memberikan maafaat dan ilmu kat aku..yang nie paling aku suka..
  • kamu seorang perempuan..


Nie je antara mereka yang aku approve..dan pasal mereka yang aku terpaksa remove tuh..salah satu sebab yang ketara adalah benda-benda yang korang post berunsur xxx ataupun mengarut je lebih, mencarut tak tentu pasal, tiba-tiba cakap macam-macam pasal aku walhal tak kenal aku pun..kepada kamu, aku mintak maaf sangat-sangat..mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..mungkin kita tak ditakdirkan untuk berkawan..huhu..

Dan bila aku cakap nak menjaga diri tuh..Ya, aku maksudkan..sebab aku rasa berkawan di alam maya nih lagi merbahaya dari berkawan di dunia realiti..aku tak cakap yang aku nak ber su'u zhon tapi dalam hidup kita, kita kena berhati-hati..Yup, berhati-hati..kan? maruah perlu dipelihara walau dimana anda berada..chewahh..haha..

Niat yang paling dalam, aku nak bakal husband aku pun macam tuh..untuk awak *yang saya tak tahu siapa* boleh tak mahalkan diri awak untuk saya? boleh tak jaga pergaulan awak? Boleh tak jangan nak layan orang sesuka hati? Sebab..saya jeles..ya, sangat jeles..hope awak kat sana dapat rasa perasaan saya nih..please take care of yourself for me k..dan saya pun akan jaga diri saya sebaik-baiknya..insyaALLAH..


Lastly, serious aku cakap tak pernah terlintas langsung nak bajet hot bila buat macam tuh..mintak maaf sangat-sangat kat sape-sape yang terasa..i have my own reasons and i hope you will respect my decisions..dan sape lah sangat aku nih nak bajet hot sentapp sangat tuu? Haih..makhluk biasa je aku nih..dan aku sebenarnya tak kisah orang nak cakap apa as long as aku tahu apa aku buat dan aku tahu benda tuh baik untuk aku dan masa depan aku..insyaALLAH..dan pengalaman lalu mengajar diri..hurmm..i want change to be a good person..dan aku tahu semua orang boleh berubah tapi nak istiqamah tuhh susahh..yaALLAH..bantulah aku..

No comments: