maka hari ahad nie bermulalah kisah sebagai seorang senior..ok kejap-kejap..perlukah bangga jadi senior? aku takde perasaan pun sebenarnya..haha..sebab aku tahu just setahun je kot jadi senior, nanti masuk gombak jadi junior balik..tapi takpelah boleh jugak lah enjoy sebagai senior kat cfs tuh nanti..dan aku lebih jeles dengan kawan-kawan yang hanya menunggu masa nak masuk degree bulan 9 nie..waa..jeles yg amat sedangkan aku masih meneruskan kehidupan sebagai budak asasi..haih..tapi takpe aku yakin dan percaya ada hikmah semua tuh..insyaALLAH..
Saturday, June 16, 2012
yes, i am senior~
maka hari ahad nie bermulalah kisah sebagai seorang senior..ok kejap-kejap..perlukah bangga jadi senior? aku takde perasaan pun sebenarnya..haha..sebab aku tahu just setahun je kot jadi senior, nanti masuk gombak jadi junior balik..tapi takpelah boleh jugak lah enjoy sebagai senior kat cfs tuh nanti..dan aku lebih jeles dengan kawan-kawan yang hanya menunggu masa nak masuk degree bulan 9 nie..waa..jeles yg amat sedangkan aku masih meneruskan kehidupan sebagai budak asasi..haih..tapi takpe aku yakin dan percaya ada hikmah semua tuh..insyaALLAH..
Tuesday, June 12, 2012
bajet hot lettew
Sebenarnya friends aku dalam fb tuh adalah antara mereka yang aku kenal ja..aku hanya approve mereka yang aku kenal, tak pun mereka yang ada kaitan dengan kehidupan sehari-hari aku..yang lain aku akan pikir dan pertimbangkan dulu sebelum approve sebab tuh laa aku lambat nak approve orang yang add aku..mengambil masa berhari-hari baru aku approve mereka..hurmm..mintak maaf sangat-sangat..
Aku melakukan demikian kerana ingin menjaga diri aku..*asal ayat aku skema sangat* betul orang cakap "Apa salahnya nak berkawan, dalam fb je pun..berkawan biar seribu. bercinta biar satu" Hurm..ye, betul..aku tak pernah menolak kata-kata tuh tapi kadang-kadang aku terpikir, apa yang best berkawan dengan orang yg kita tak kenal dalam fb nih? Nak comment pun rasa terbatas, apetah lagi nak bergelak ketawa..kan-kan? Kalau nak buat macam tuh mesti lah orang yang kita kenal jugak lah yang kita akan cari kan? So ape faedah nya kat sini? Ya, ada orang cakap "Mana tahu orang dalam fb tuh lah yang akan tolong kita satu hari nanti"..Ya, aku tak nafikan jugak benda tuh tapi sebelum kita mencari mereka pasti kita akan cari family dulu, kawan-kawan yang rapat dengan kita dulu kan?? Betul tak?
Dan kat sini aku tak nak persoalkan kenapa korang add someone tuh untuk jadi friends korang sebab tuh hak korang..Tapi nak cakap pasal aku, aku memang jarang giler add orang, kalau aku add pun memang orang tuh dah pasti-pasti aku kenal dan ada keperluan kenapa aku perlu berkawan dengan dia..So kepada sape-sape yang aku add tuh, sila hargai..Haha..
Dan kat sini aku nak bagitahu mereka-meraka yang aku tak akan malu-malu kucing lah nak approve..Selain daripada yang kat bawah nie, kene pikir panjang dan stalk diorang punya fb sebelum aku approve..
- kamu adalah family aku..abang, kakak, abang ipar, kakak ipar, adik beradik ipar-ipar tuh, sepupu sepapat dan sama waktu dengannya..
- bekas pelajar sekolah kebangsaan pasir hor..
- bekas pelajar maahad muhammadi perempuan..
- kawan kat tempat tuisyen aku..
- bekas pelatih kem PLKN entnobotani gua musang
- pelajar di CFS IIUM..tak kira lah kos apa pun..
- kamu kawan kepada kawan baik aku, kawan kepada adik beradik aku..
- dan mereka yang aku tak kenal tapi benda yang mereka post dalam fb memberikan maafaat dan ilmu kat aku..yang nie paling aku suka..
- kamu seorang perempuan..
Nie je antara mereka yang aku approve..dan pasal mereka yang aku terpaksa remove tuh..salah satu sebab yang ketara adalah benda-benda yang korang post berunsur xxx ataupun mengarut je lebih, mencarut tak tentu pasal, tiba-tiba cakap macam-macam pasal aku walhal tak kenal aku pun..kepada kamu, aku mintak maaf sangat-sangat..mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..mungkin kita tak ditakdirkan untuk berkawan..huhu..
Labels:
cinta,
hanya aku,
kamu dan aku,
sayang kamu
Monday, June 11, 2012
mereka mangsa buli tapi mereka di hati
Kembali tinggal seorang kat rumah lepas kakak aku dah bertolak balik nilai tadi..Dan aku pun hanya ada masa 6 hari je lagi untuk menghabiskan sisa-sisa cuti kat rumah sebelum balik ke CFS..Hurmm..seorang tuh bukan lah maksudnya aku duduk sorang-sorang je kat rumah nie..Ada la mak, ayah dan anak-anak sedara aku tuh..tapi dah tak ada lah orang yang aku nak ajak bergaduh, nak marah-marah aku..HAHA..Tapi aku still ada budak-budak hingusan kat rumah nie yang akan jadi mangsa aku..hehe..
Dan entry nie aku khaskan untuk mangsa buli aku..tiba-tiba macam nak buat entry dan cerita pasal mereka..Ye, mereka yang hadir dalam hidup aku untuk mengisi hari-hari yang bosan sebab takde budak-budak kat rumah nih..Kalau mereka ada, rumah nie boleh runtuh sebenarnya. yelah suara sorang-sorang macam petir tapi kalau takde mereka rumah nie macam sunyi pulak dan aku pasti akan merindui mereka..Haih..mereka mangsa buli tapi mereka juga dihati ^__^
Ok, start dengan anak kakak sulung aku dan suaminya..Karmila+Dzulkifli
Senyuman menggoda gituu
Ok..budak kat atas tuh..Nama diberi NUR AUNI JANNAH BT DZULKIFLI..Anak sedara pertama aku..Dia lahir masa aku darjah enam..ok, kalau orang lain darjah enam akan dapat adik tapi aku dah advance dapat anak sedara..dan memang aku ingat masa mula-mula dia lahir aku tak suka dia..sebab..dia dah mengalihkan perhatian orang untuk dia..yelah aku jeles kot sebab dia lahir bulan 8, aku nak UPSR kot mase tuh..orang dah tak peduli pasal aku, semua nak ambik tahu pasal dia je..dan aku ingat mak aku marah aku kalau nak pegang dia, mak aku cakap "dia kecik lagi, lembik lagi, kalau tak reti pegang bahaya"..aku pun cakap dalam hati..kalau tak bagi pegang baik tak payah keluar budak niehh..ish..*haha, teruk kan aku masa tuh, biasa lah aku pun baru darjah enam kot, dah lah takde adik..main redah je nak pegang budak tuh..takde pengalaman pegang baby sebab tuh mak aku tak bagi pegang sebenarnya..besar-besar baru boleh pikir*
Budak nih kiteorang panggil kak long..yelah sebab dia kan anak sulung..dan dia adalah mangsa buli utama aku..dia memang akan selalu cakap yang aku suka buli dia..kalau tak percaya tanyalah dia..HAHA..heh-heh..macam mana orang tak marah dia, dia tuh bukannya nak dengar orang cakap..dah lah kalau bab bercakap dengan dia, memang menang lah budak nih..boleh masuk debat atau pidato..HAHA..banyak cakap+cerdik..tahu je nak jawab kalau orang cakap..tapi sekarang dia sangat-sangat bagus..sebab dia selalu tanya "ciksu dah masuk zohor ke?" "ciksu dah masuk isyak ke"..See, bagus betul..serious..kalau waktu solat tanya je memanjang..kadang-kadang baru je 2 minit lepas dia solat maghrib dah tanya waktu isyak dah masuk belum?? malu jugak kadang-kadang dengan dia..kalau azan cepat-cepat dia nak solat, aku?? haih..melagho je lebih..huhu..betul lah orang cakap kan..kadang-kadang kita kena belajar dari budak sebab budak kalau dia buat sesuatu, mereka ikhlas..
Betul jugak apa yang nabi cakap..kalau nak didik orang, didiklah dari mereka kecik lagi..sama jugak ayat melentur buluh biarlah dari rebungnya sebab anak sedara aku tuh kiteorang ajar pakai tudung dari kecik lagi kot dan sekarang memang kalau dia nak pergi mana-mana memang akan pakai tudung even dia nak datang rumah aku yang kat sebelah rumah dia nie pun..dan dia jugak lah yang jadi reminder aku suruh pakai tudung kalau abi dia nak naik rumah aku ataupun ada orang datang rumah aku..yelah, kalau aku duduk dalam bilik, dia akan masuk bagitahu "ciksu, nak keluar bilik pakai tudung, abi ada" tak pun "ciksu, ada orang datang, cepat pakai tudung" See, betapa bagusnya dia...Alhamdulillah, hasil didikan agama abi dan ummi dia..sekarang dia darjah satu..sekolah rendah islam sri kota.,.untunglah, ummi dia hantar sekolah swasta sebab nak didik dengan agama dari kecik lagi..tak membazir kalau hasilnya mantop kan?
owh, saya anak jati kelate
Ok, ini hero aku..adik kepada yg kat atas tuh..huhu..MUHAMMAD HAFIZ ABQORY..4tahun..ok satu yang pasti..dia handsome..saya tergoda dengan dia, sangat-sangat..haha.. *ok fatin umirah sewel..k bye*
hurm..budak nie manja..sangat-sangat manja..mengalahkan perempuan..haih, tak boleh blah..dan budak nie suke bertempik+berteriak..sebab tuh aku suka cubit dia..hehe..dan budak nie aku rasa memang seorang kuat cemburu sebab kalau aku peluk mak aku ke, duduk dekat dengan mak aku ke..dia akan marah..puii betul..macam lah mak dia nak buat macam tuh..hurmm..kuat cemburu? maybe ikut perangai aku..ye aku~ huhu..budak nie tak macam kak long dia., kak long dia tuh ganas sikit dan jenis yg tak takut kat orang tapi dia tak..dia nih kalau orang lain ajak pergi mana-mana bukannya nak ikut kalau takde kak long dia atau pun aku..so maknanya dia tak senang di goda..wah, betul ke? penasaran..huhu..tapi satu yang aku bengang pasal budak nih..kalau dia makan apa-apa dia tak kongsi dengan orang..tibai kat dia sorang-sorang ja..kalau sape-sape nak memang gila-gila kena pandai main ayat laaa mintak dengan dia, tu pun kalau dia bagi lahh..kalau ada satu tin biskut kat depan dia, dia akan makan satu tin tuh sorang-sorang selagi tak habis makanan dalam tuh, tak pun memang dia akan pegang tin tak bagi kat orang..See, betapa cantiknya perangai dia..haih..
Owh, dia tengah tidur..jangan kacau
Yang nie adik kepada dua orang yg kat atas tuh..anak ketiga kakak aku..NUR HALAWATUL IMAN...dengar nama dia wajib korang kene teringat dekat satu hadis..hadis halawatul iman..korang tahu tak pasal hadis tuh?? ish..ish..ish..kalau tak tahu sila gunakan khidmat kekasih gelap saya..encik google ye untuk meng-google hadis tuh..sebab hadis tuh salah satu hadis yg famous kot dan boleh beramal dengan nya..budak tuh dah selamat berumur setahun pada 24/4 hari tuh..budak nih suka menangis dan memang selalu buat aku stress..haih..dan budak nie tak nak dengan orang kot..ummi dia dan mak aku je yang boleh handle dia..sebab tuh kadang-kadang kesian kat mak aku, nak solat pun susah..budak nie tak nak lepas..dah lah aku pulak jenis yg tak reti nak bermain dengan budak nih, nak pujuk-pujuk apetah lagi..huhu..budk nie ada satu sifat sama dengan kak long dia..suka hisap jari..haih..
ok..tiga orang tuh je anak kepada kakak aku yang sulung bersama suaminya..opps, yang sebenarnya yang keempat ada dalam perut, menunggu masa nak keluar je, jangka bulan puasa nih..wow..tak sabarnya nak dapat baby baru..*eh aku pulak excited lebih..huhu*
ok. sekarang nak cerita pasal anak abang aku pulak..abang aku nih anak kedua dari adik beradik aku lah..Haris Fadila+Norhayati..anak-anak abang aku nih sebenarnya semua lahir jauh-jauh+tak duduk dengan family aku pun so mereka tak membesar depan mata aku..tak tahu sangat lah pasal mereka..
Ayunya dia..haih budak ! jadi kasar sikit..tak payah nak jadi jambu sangat..HAHA
Ok..nie anak sulung mereka..HAZIQ FAKHRI..hari tuh sambut birthday yang kelima..dia budak mesir sebab dia lahir kat mesir..budak nie pun manja jugak sebab budak nie selalu je nak duduk dekat dengan ummi dia je..dengan orang lain jangan harap lah nak kan..dan paling kelakar budak nie ada bantal busuk..pergi mana-mana kena bawak bantal tu kalau tak tak boleh tidur ekk? macam tu sekali orang yg ada penyakit nih..huhu..bila dia anak sulung, panggilan dia pun abang long lahh..wajib lahh tuh kann..
mata budak nih serious bulat..XOXO
Nie pulak anak kedua mereka..MUHD FUDHAIL IYADH..Hebat nama kan? ada sejarah pasal nama tuh..nak tahu..gunalah sekali lagi khidmat kekasih gelap aku untuk meng-google ya..malas nak cerita makin panjang entry nih nanti..kalau abang dia budak mesir, dia budak sarawak sebab dia lahir kat sarawak..See, kan aku dah cakap diorang lahir jauh-jauh..abang aku tuh bekerja dekat sana wajiblah anak lahir kat sana..
Ok habis pasal dua orang hero tuh..yang ketiga bila pulak?? HAHA..perempuan lahh pulak dehh sebab sure cute macam saya..eh..haha..
Ok habis pasal dua orang hero tuh..yang ketiga bila pulak?? HAHA..perempuan lahh pulak dehh sebab sure cute macam saya..eh..haha..
Ok. last but not least, anak sedara aku ke 6..anak abang aku Mohd Fairuz+Faizah..disebabkan abang aku kawen dengan orang kedah so anak dia pun jadi orang kedah lahh jugakk..
kecik-kecik dah bergaya sakan..lawan ciksu nampak..ish~
NUR FARZANA INSYIRAH..nama pun comel secomel tuannya..budak nie baru sekali aku jumpa kott..masa dia bercukur dulu, family aku pergi kedah sebab alang-alang aku cuti..tahun lepas lagi kott..sampai sekarang aku tak tengok lagi budak nie..tengok gambar je,..haih..sedih betul..dah besar sekarang budak nie..dan dah cute macam ciksu dia dahh.. #eh lagi# HAHA..tahun lepas abang aku beraya kat kedah, tahun nie kat kelantan laa kan?? kan mengamalkan sisttem bergilir-gilir?? Hurmm.. can't wait for you baby..
dan aku secara tak langsung dah belajar jadi seorang ibu yang mithali sebab asyik dok jaga anak orang je..anak aku bila?? HAHA..insyaALLAH..coming soon..*ok gedik 10 saat..bye*
Friday, June 8, 2012
COKLATvsSTRESS
owh, antara pembalut coklat yang aku simpan dulu-dulu kat celah-celah buku
Korang tahu tak yang coklat sebenarnya boleh menghilangkan stress? Haa..meh nak bagitahu..coklat boleh menghilagkan stress sebab coklat dapat meningkatkan kadar endorfin di dalam tubuh sekaligus menghilangkan rasa resah dan gelisah pada emosi kita..Dalam kata lain, coklat memberi ketenangan sementara bagi yang memerlukan..
Haa..sebab tuh lah aku suka makan coklat nih..sebab nie lah cara terbaik nak release kan tension aku nih..ok la kan dari aku buat benda yang tak munasabah..ish..ish..ish..tapi aku stress takde lah sebab yang besar-besar kot..kadang-kadang saja meng-stress kan diri nih..HAHA..dan orang cakap makan coklat nie akan buat kita gemuk kan? Hurm, aku sebenarnya tunggu jugak saat tuh tapi sampai saat nih tak jadi kenyataan pun lagi..Padahal, banyak kot aku makan coklat..haih..
Coklat masjid..wah, lawa kan~
dan yang pasti..coklat akan jadi satu benda wajib untuk hantara kawen aku nanti..HAHA..my future husband, please take note.. *wink-wink*
yummy..yummy
coklat favourite aku ialah vochelle..flavour fruit n nut..ala yang pembalut dia warna purple tuh..haa..yang tuu lahh..kenal-kenal? Best kan? tapi yang pasti aku layan je semua coklat nih..so lepas nih kalau nampak aku makan coklat tuh maksudnya aku tengah sewel la tuh..HAHA..
p/s : info dari sini..Boleh rujuk untuk keterangan lanjut.
Thursday, June 7, 2012
resultVSbi
assalamualaikum dunia..*ok,dunia lah sangat kan* selepas dua hari result sem 3 diumumkan baru terasa nak update..huu..result sem lepas sudah selamat di ketahui isnin 4hb..hurm..first aku tengok result aku tuh..benda mula-mula yang akan aku terjah ialah BI..ya ALLAH..memang sedih tahap petala kelapan sebenarnya bila tengok result tuh..waa..persoalan yang menerjah fikiran.." Bila aku nak exempted benda alah nih?" ok dukacita dimaklumkan..aku bakal budak level 6 bi untuk sem depan..kenapalah UIA menyeksa student mereka sedemikin rupa? apa laa sangat yg ada pada BI nih..huhu..dan aku memang cas negative dengan bi sejak azali lagi..tak power langsung bi nih..setakat I LOVE U tuh aku tahu lah..HAHAHA..hurmm..benda nie lah yang buat aku terfikir nak buat benda gila nih..kang tak pasal-pasal aku tukar u lepas asasi nih..ok gak kan..huhu..hurmm..pointer? ALHAMDULILLAH..target untuk kekalkan pointer sem 1 tercapai dan pointer aku tuh naik sikit..walaupun pointer tuh tak lah sampai berjaya masuk deen list..huu..aku masuk deen list memang aku buat sujud syukur..betul lah kan ayat tuh..ALLAH bagi apa yg setimpal dengan usaha kita..exam hari tuh bukan nya study sangat pun..tidur je memanjang..huhu..eh..eh..tapi yang penting tuh DEEN list bukan DEAN list..heee~
if and only if uia will put this signboard
CFS IIUM.. "This is English Campus"
dan hari nih terima berita yang tarikh daftar untuk sem depan extend lagi seminggu..sepatutnya daftar 10hb..haih UIA, nie yang buat semua students sayang sangat kat kamu..maybe sesetengah student bersyukur, setengah nya lagi terseksa sebab tiker bas dah beli, tiket flight pun dah booking..macam mana tuh? aku? mujurlah balik dengan bas yang di handle oleh kami-kami je, boleh di extend gak benda tuh..kita-kita je kan..ok..bila bercakap pasal sem depan..sem depan sem yang bakal buat waktu tidur aku tak tentu arah..ye lah..aku dah start buat projek yg perlu dibuat sebagai student architecture and environmental design..tak dapat nak bayang lagi benda tuh..hurmm..sekarang enjoy cuti yang masih berbaki seminggu lebih nih.. ^__^
so true
tapi sebenarnya bila tengok result tuh, aku kecewa dengan one of the subjects..STATISTICS..waa..subject nih dah menghancurkan masa depan aku..huhu..dan lepas nie untuk degree aku dah tak tahu lah nak pilih apa..apa yg aku nak untuk degree bergantung pada statistics tapi statistics rendah kott..dah lah ramai yg dapat tinggi..power-power pulak tuh result..hukhukhuk..sedih-sedih.. T.T entahlah..bak kata kawan aku..serahkan masa depan pada ALLAH..kita hanya buat yg terbaik untuk masa sekarang..mungkin ada benda yang lebih baik yang ALLAH rancangkan untuk aku..siapa tahu kan??? insya ALLAH..i hope so..rezeki ALLAH dah tentukan..kan-kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)