Sunday, April 29, 2012

exam lagi

just nak cakap
aku dah start final exam untuk sem 3 esok...
so tak payah nak pelik kalau tak nampak aku online k..
hahahaha


tu jer
wish me luck okk...
n untuk korang-korang yg nak ambik exam jugak..
gud luck jugak..buat yg terbaik..sama-sama berjuang meh..
bersih pun dah abis..dah tak payah pikir pasal tu dah..heee~

antara DEEN list dengan DEAN list
mana korang pilih?? hee~
renung-renungkan dan selamat beramal..
^__^



p/s: untung laaa ada orang buat aku sedih time aku nak exam nih...
thanks lahh...pape, aku akan balas entry tuh tapi bukan sekarang..






Thursday, April 26, 2012

keliru

keliru !
pening !
tension !
stress !
sedih !
marah !
semua perasaan nih bercampur dan aku tak tahu nak buat apa
lately, macam mudah sangat nak menangis
macam mudah sangat nak touching
macam dah tak kisah orang nak buat apa
dah tak kisah orang nak cakap apa
dah tak kisah hidup nih nak jadi apa


apa masalah aku sebenarnya?
aku sendiri pun tak tahu
macam mana nak suruh orang lain faham?
ada something nak jadi ke?
kenapa aku rindu sangat nak balik rumah nih
rindu family sangat-sangat

ALLAH..ALLAH..ALLAH..
tolong lah aku
sedarkan aku
beri aku petunjuk
pimpinlah aku
bantu aku buat keputusan
jangan bagi aku buat keputusan yg salah
hidup aku nie dah cukup huru-hara sekarang
tak pandai nak buat keputusan
macam lalang dah aku nih
ikut je orang
someone ! please give me advice


kuatkan semangat fatin
kau kuat !
kau hebat !
kau boleh !

Monday, April 23, 2012

kau KAWAN, TEMAN, SAHABAT tercinta





entry nih special untuk seorang sahabat yang bernama AMALINA BINTI MAT HUSIN a.k.a qausu quezahin
seorang KAWAN, TEMAN & SAHABAT aku..

 
semapt posing dalam kelas =)
ok..hari nie dah masuk 23hb
opps..aku tahu yang aku dah terlewat dua hari dari birthday mung  yang sepatutnya..
tapi silalah memahami yang aku ada hal yg membuatkan aku tak boleh nak tulis on time kan..
yeahh..finally 21hb April genap jugak umur kau 19 tahun kan..
tahniah dan takziah dari aku..heee
tahniah sebab ALLAH panjangkan lagi umur kau untuk merasai nikmat hidup di dunia nie  tapi takziah juga sebab makin bertambahnya umur bermakna makin dekat kita dengan ajal yang entah bila akan tiba kan..hanya boleh bersiap-sedia sahaja..moga bertambahnya umur membuat kau makin matang bukan hanya sekadar nombor semata-mata.

 sama hijau..heee
amal,
aku straight to the point,
aku tak reti nak bermadah puisi, nak berjiwang karat, nak cipta ayat-ayat hebat macam mung..
well, you know me..
*tak main lah jiwang-jiwang nie beb*

first of all,
aku ucapkan terima..terima kasih banyak-banyak untuk mu sebab sudi jadi kawan terbaik aku kat uia nih..
serious aku rasa macam aku dah lama kenal mung, padahal kita baru je kenal sem satu kan? tuh pun dah nak akhir-akhir..tak sangka persahabatan aku dengan mung akan berkekalan sampai sekarang..
fahamlah dengan perangai aku kan..
terima kasih banyak-banyak sebab memahami perangai gila-gila aku..
bersabar dengan perangai dan emosi yang tak menentu aku..

serious, first time kau buat aku terharu bila mu cakap mu tak jadi nak join rehlah untuk kelas bi group kita masa sem satu  sedangkan mu dah bayar.. aku pulak tak bayar lagi..mu offer benda tuh untuk aku tanpa suruh aku bayar pun..beb! serious aku touching..benda tuh memang tak mahal tapi kat situ mung tunjukkan yg mung tak berkira langsung pasal duit..
thanks untuk kenangan tuhh..

dan cuti 3bulan tuh kita tak stop berhubung
*berterima kasih pada uncle facebok*
yeahhh..kita berkawan sampailah sekarang,

sem 3
memang 24jam lah kita nie kan..
pergi kelas sekali, duduk tepi-tepi, balik sekali
dalam kelas aku lah tukang yg menumbuk+membelasah mung time tidur kan..HAHA
tapi persahabatan tanpa pergaduhan tak seronok kan??
yeahh..kita pernah bergaduh, malah selalu bergaduh tapi kita tak pernah ambik serious kan?
sebab kita tahu andai persahabatan yang ikhlas tak kan mudah bergoyah..
aku tahu kau pernah dan selalu terasa hati dengan aku..
beb, aku mintak maaf..
jujur yang aku sebenarnya masih tak layak untuk bergelar sebagai seorang sahabat untuk siapa-siapa pun..
aku kadang-kadang pentingkan diri, cepat marah tapi mung bolehh terima benda tuhh..thanks beb..thanks..
dan saat tak boleh blah bila kita pernah heart to heart kan???
lagi tak bolehh blah bila buat benda tuh kat cafe A mahallah aisyah..HAHA
*kenangan terindah lah kan*
masa tuh aku nak nangis tahu tapi aku terharu sebab kita berusaha untuk tidak bergaduh
 dan aku rasa kita dah boleh memahami perangai masing-masing..
yeahh..yg tak elok perbaiki okk...

~ AGD IDEA~

dan aku rasa kita nih dah macam couple..HAHA
asyik pergi mana-mana berdua jer..
maklumlah kelas kita kan sama je semua..opss..ekonomi kita bercerai sekejap..
sampai orang yg jumpa kita pun dah naik muak asyik tengok muka yang sama jer..huuuu..
 aku dah rasa kita macam adik beradik even adik beradik..
ye lah..barang aku, barang mung..duit mung duit aku..HAHA..

lastly..
beb..stay beside me please..
aku harap persahabatan nie akan berkekalan selamanya
BEST FRIEND FILLAH









Friday, April 20, 2012

..dah sampai masa untuk kawen..

haaa...tajuk kat atas tuh bukan untuk aku ok..
tapi special untuk seorang kakak yang dah selamat melangkah umur 24 tahun hari ini
20 April 2012
hooorayyy...hepinya bakal dapat abang ipar..HAHA
errrr..tapi masalahnya siapa?
tuan empunya diri pun tak pernah cakap yang dia dah ada calon..heh
lebih-lebih pulak aku nih..

siti noorain binti yusoff

Aku nak cerita pasal orang yg dalam gambar tuh..
Bila ditanya siapa role model aku..aku pasti akan cakap
 “role model saya adalah akak saya”
Dan akak yang aku maksudkan adalah dia..yup..dia..
Ok, aku tahu bila role model wajib lah kita jadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan kan?
yup, baginda memang role model terbesar..aku tak nafikan pun..tapi untuk jadi macam Baginda memang terlalu jauh untuk diri yang hina nih..
So aku ambik orang yg terdekat dengan aku untuk jadikan ikutan aku..
dia ustazah..heee~
dan memang lebih baik dari aku lahh..
but semua adik beradik aku lagi baik dari aku..dalam family aku paling teruk kottt...huuuu...tapi maybe aku lebih rapat dengan dia so aku tengok segala dia buat..apa yang dia cakap akan lebih terasa dihati..
Dia lah yang akan marah aku kalau aku sembahyang lambat, yang membebel kat aku kalau aku terlalu asyik dengan benda-benda yang lagha..marah-marah aku kalau aku dah melampaui batas..yup dialah guider aku dalam segala hal..dia tahu segala-gala yang aku buat, apa yang berlaku pada aku, dengan siapa aku berkawan..yeahh..she knows everything about me..
Dan aku sendiri akan bercerita dan tanya pendapat dia..sebab tuh kalau dia cakap-cakap apa-apa kat aku, aku akan dengar sebab aku yakin dengan gerak hati dia..
Tapi aku rasa aku terlalu jauh untuk jadi macam dia..seorang yg memang solat awal waktu..tambah pulak dengan solat-solat sunat..dhuha tak pernah tinggal..al-quran memang setiap hari..tahajjud sedaya upaya buat..aduhhh..
aku????
hammpehh..memang hammpehh..tersangat-sangat hampehhh..makin teruk kott! That’s why I need her untuk bagi aku ceramah-ceramah untuk menyedarkan aku balik sebab aku mudah terpengaruh..mudah sangat nak ikut benda-benda tak baik nie..ALLAH, iman aku terlalu nipis..mudah teruji..hurmmm..

Dan bila aku cakap pasal dia dah layak kawen tuh…aku sebenarnya tertanya-tanya siapa bakal suami dia sebab lelaki tuh memang beruntung giler dapat akak aku tuh dan dia wajib hargai akak aku ! tapi dia nih selalu cakap yang dia tak nak kawen..
HOHO..cik in, ingat eh..kalau mung tak kawen, aku tak kawen kott..tak rela nak langkah bendul okk..HAHA..aku still ingat yang aku ada dua orang akak lagi kat atas nih so aku tunggu dyorang duluuuu..heeeeee~

nih kami masa kat KLCC

dan satu yang pasti pasal kiteorang nih...orang pasti cakap muka kami sama..aduhai..macam tak nak terima hakikat je muka kami sama..huhu..siapa-siapa jumpa pun pasti akan cakap kami adik-beradik lahh..heh..memang tak bolehh nak menipu jadi kawan laahh kan..
sama sangat ker? tak langsung kot aku rasa..hikhik

ok
lastly,
SANAH HELWAH sis
may ALLAH bless u always
good luck in everything you do..
moga bertambahnya umur bersama bertambahnya iman di hati..
aku doakan yang terbaik untuk hidup mu..


p/s: cik in, kalau mung terbaca enrty nih sila terharu okk..heeee~ 
       ^_____^










Saturday, April 14, 2012

ayat best

ok..aku sebenarnya tak nak jadikan blog nie blog jiwang-jiwang+blog cinta-cinta
tapi aku rasa kali nie aku nak berjiwang dua saat..HAHA
haih..gara-gara baca novel TERLANJUR MENCINTAIMU
*ok, aku still lagi tak sedar yang aku nak final exam lagi 2 minggu..huuuu..takpe, weekend je layan benda tuhh..hehe*
tapi ada ayat dalam novel tuh yang aku rasa best dan nak copy
so aku nak tulislah dalam nie..senang sikit aku nak baca banyak-banyak kali nanti..heeee~

---------------------------------------------

CINTA yang AGUNG

adalah ketika kamu menitikkan airmata dan MASIH peduli terhadapnya.

adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia.

adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata "aku turut berbahagia untuknya"

apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu.

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI..

ingatlah...bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya...tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati bersamanya..

orang terkuat BUKAN orang yang selalu menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh...

--------------------------------------------------


ok..nie cover novel tuh..silalah baca ye anak-anak..
impian aku...nak husband yg romantik macam dalam novel nih lahh..ngeee~


p/s : ok..benda nie takde kaitan dengan yang hidup atau mati..hanya sekadar koleksi ayat-ayat cinta  aku semata-mata..huuuu..tak tuju kat sape-sape  so tak perlu nak terasa sangat..

Sunday, April 8, 2012

ok
tenangkan diri fatin umirah
cool down
jangan ikutkan sangat perasaan marah tuhh
sabar
insyaALLAH
apa yg dibuat ada balasannya
be happy

*ok, sesi menenangkan fikiran sebenarnya*

jom layan video nih dulu
dua lagu yg selalu aku dengar dan dalam proses nak hafal lirik
hurmm
best..sangat-sangat lah best
tiba-tiba rasa jauh dari NYA
tiba-tiba rasa dah lama tak nangis
haih.


~ aku ingin mencintaiMU by edcoustic ~



 ~ muhasabah cinta by edcoustic ~









Wednesday, April 4, 2012

..amanah..


malam ini, detik ini, saat ini
menerima satu amanah yang aku rasa errrrr..
memegang amanah dalam lajnah ekonomi untuk PERDANA
ok..korang tahu ke perdana tuu apa?
untuk student uia maybe diorang tahu perdana tuhh yang handle bas-bas untuk diorang balik kampung time cuti-cuti
actually perdana is stand for PERSATUAN DARUL NAIM
maksudnya hanya untuk anak-anak kelantan
haih
amanah !
tolong lahh..saya sebenarnya dah tak sanggup nak pikul apa-apa amanah
dah tak tertanggung bahu nihh..
orang ingat gempak dapat apa-apa jawatan dalam apa-apa society kann
tapi orang tak nampak apa yg tersirat..
setiap jawatan yg korang pegang tuhh dikira amanah
walaupun besar atau kecik
bila amanah..pasti akan disoal di akhirat nanti
haih..takut tak mampu untuk buat tugas-tugas nanti..
almaklumlah..anak bongsu pak cik yusoff nih bukannya rajin sangat sebenarnya..
memang tak rajin langsung lah !
amanah sebagai seorang pelajar pun tak tertanggung
nie kan pulak benda nih
tapi orang cakap bila orang bagi kita amanah tuhh
maksudnya diorang percayakan kita
dan kita walau apa pun kena lah jugak buat yang terbaik dan tak bolehh nak kecewakan orang kann??
hurmm..so fatin umirah..
sekali terjebak dah tak bolehh nak berundur dah
buat yg terbaik dan paling penting jangan kecewakan orang..
~yeye..insyaALLAH~


hari tuh dah handle iftar..sekarang untuk majlis yg lagi besar
AGM
annual grand meeting
huhuhu..
so pada sape-sape yang rasa dia orang KELATE
jemput-jemput lah datang yerr !


p/s : hati-hati dengan amanah yang di pegang !