Hyperhidrosis boleh berlaku kepada lelaki atau perempuan pada semua peringkat umur,
tetapi kebiasaannya berlaku sejak kecil dan berkekalan sepanjang hayat sekiranya
tidak diubati. Hyperhidrosis boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1) primer ( idiopatik iaitu tidak diketahui punca)
2) sekunder ( disebabkan penyakit lain seperti kencing manis,tuberkulosis(batuk kering),
limfoma, obesiti, kehamilan dan menopaus).
4 bahagian utama berlakunya hyperhidrosis:
Punca penyakit hyperhidrosis : Punca sebenar tidak diketahui dengan tepat.
- Kemungkinan disebabkan penyakit ekrin kalenjar peluh di seluruh badan tatapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.
- aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.
- warisan keluarga. (hyperhidrosis boleh diwarisi)
Kesan Hyperhidrosis kepada penghidapnya :
- Tidak dapat melakukan aktiviti harian.
- Rasa malu apabila baju dan tapak tangan basah.
- perlu kerap menukar baju atau stokin.
- enggan bersalaman atau berjabat tangan.
- prestasi kerja terjejas.
- malu untuk menyertai aktiviti sosial keluarga atau rakan.
- tertekan
- kecewa
- kurang yakin diri.
- masalah dalam hubungan intim.
- ubat anti peluh.(ada kesan sampingan)
- ubat makan yang mengandungi ejen anti kolinergik.(ada kesan sampingan)
- kaedah pengionan.
- suntikan Botulinum Toksin A.
- Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS). ( 99 peratus berkesan pada masalah tangan,
- 90 peratus ketiak berpeluh,dan kaki 70 peratus).
Mungkin ada dalam kalangan kita yang menghadapi masalah ini dan diharap info ini dapat membantu anda
dan menambah ilmu kita.
---------------------------------------------------------------
aku dah lama redha dengan ujian Tuhan nie :)
tidak Allah bebani sesuatu melebihi kemampuan hambaNya.