Monday, February 16, 2015

hyperhydrosis

Artikel.

Mungkin ada dikalangan kita yang menghidap penyakit ini tetapi tidak menyedari apakah penyakit yang dihidapinya.

Hyperhidrosis ini merujuk kepada penyakit di mana seseorang itu mengalami peluh yang 
berlebihan. Peluh ini tidak berkaitan dengan senaman yang kita lakukan. 
Sememangnya kebiasaan bagi kita berpeluh apabila berasa gementar atau takut. 
Namun bagi penghidap penyakit ini mereka akan mengalami peluh yang terlampau banyak
sehingga boleh menitis. Walaupun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai penyakit 
berbahaya namun ia memberi kesan psikologi kepada penghidapnya. Mereka akan berasa segan 
dan malu untuk bercampur dengan orang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa
menyendiri dan mengalami tekanan.

Hyperhidrosis boleh berlaku kepada lelaki atau perempuan pada semua peringkat umur, 
tetapi kebiasaannya berlaku sejak kecil dan berkekalan sepanjang hayat sekiranya 
tidak diubati. Hyperhidrosis boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:


 1) primer ( idiopatik iaitu tidak diketahui punca)
 2) sekunder ( disebabkan penyakit lain seperti kencing manis,tuberkulosis(batuk kering), 
limfoma, obesiti, kehamilan dan menopaus).

 4 bahagian utama berlakunya hyperhidrosis:

  •  muka
  •  tangan 
  • kaki 
  • ketiak 


 Punca penyakit hyperhidrosis : Punca sebenar tidak diketahui dengan tepat.

  • Kemungkinan disebabkan penyakit ekrin kalenjar peluh di seluruh badan tatapi paling banyak di tapak tangan dan kaki. 
  • aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.
  • warisan keluarga. (hyperhidrosis boleh diwarisi)

Kesan Hyperhidrosis kepada penghidapnya :

  • Tidak dapat melakukan aktiviti harian.
  • Rasa malu apabila baju dan  tapak tangan basah.
  • perlu kerap menukar baju atau stokin.
  • enggan bersalaman atau berjabat tangan.
  • prestasi kerja terjejas.
  • malu untuk menyertai aktiviti sosial keluarga atau rakan.
  • tertekan
  • kecewa
  • kurang yakin diri.
  • masalah dalam hubungan intim.

Rawatan :
  • ubat anti peluh.(ada kesan sampingan)
  • ubat makan yang mengandungi ejen anti kolinergik.(ada kesan sampingan)
  • kaedah pengionan.
  • suntikan Botulinum Toksin A.
  • Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS). ( 99 peratus berkesan pada masalah tangan,
  • 90 peratus ketiak berpeluh,dan kaki 70 peratus).

Mungkin ada dalam kalangan kita yang menghadapi masalah ini dan diharap info ini dapat membantu anda 
dan menambah ilmu kita.



sumber: sini


---------------------------------------------------------------


aku dah lama redha dengan ujian Tuhan nie :)
tidak Allah bebani sesuatu melebihi kemampuan hambaNya.

keep strong. 

No comments: