Sunday, March 25, 2012

..istikharah..




mungkin boleh dikatakan aku dilema untuk banyak perkara sekarang..
aduhh..yaALLAH, aku memang tak suka kalau berada ditengah-tengah perkara nih..kena buat pilihan yang terbaik untuk hidup..haih..
tolong aku..
sebab tuh aku rasa nak post pasal benda nie kat sini..supaya senang aku nak tengok nanti..
bantulah aku melalui solat istikharah nih yaALLAH..
engkaulah sebaik-baik perancang..




Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.” 




Sunday, March 11, 2012

..nurse..

assalamualaikum..wbt..
ok..dah lama tak bukak blog..
semalam bukak blog orang atas sebab-sebab "tertentu"..
then tetiba rasa rindu nak update blog nih..rindu kat dunia hijau aku nih..haha..lama rasa tak mencoretkan perasaan kat sini..
tapi tolonglah mengerti yang wifi uia tersangat-sangat lah lajuuu..haih...
redha je lah..nak post satu entry kena tunggu 5 tahun laaa kot baru boleh post..haih..

hurmm..
dah baru perasaan nih baru post kedua untuk tahun 2012..
ish, sangat lama meninggalkan dunia hijau aku nih...haha..
tapi tak ada apa yang berubah ponn..
still meneruskan kehidupan sebagai student di CFS dlm bidang yg aku tak minat nih..
apa lagi.. AED lah..tak ada rezki nak tukar..
tapi tak tahu lah sekarang sama ada ALLAH nak uji aku ke apa..
tiba-tiba dapat tawaran untuk pergi temudaga nursing under SPA..
tahu tak spa tuh apa?? 
suruhanjaya perkhidmatan awam lahhh..
dan sekarang tengah pening sama ada nak pergi ke tak temuduga tuh..haih..
benda alah tuhh dah lama kot aku isi..lepas spm..saja menggedik isi..
sekarang baru nak panggil..haih..mak aku pulak asyik tanya je nak pergi tak temuduga tuhh..memang berharap aku pergi lah..ye lahh, rezeki la kan dapat even hanya temuduga..
tak sure dapat ke tak nanti..
tapi tolonglah faham..
jururawat+fatin umirah=KO..
cas negatif tuuu..aku nak jadi nurse??? errrr..tak pernah berangan ponn sebelum nih..huhu..
dah lahh dengan aku yang tak berapa nak lembut sangat nih..haha..memang tak ayu+lembut langsung lahh aku nih..senang cakap tak de langsung ciri-ciri kelayakan nak jadi nurse..HAHA..
silap-silap haribulan, patient yg dah nak sembuh tuhh terus tenat bila aku rawat..haha..nih merisaukan aku nih..tak pasal-pasal nanti keluar paper aku punca pembunuhann..hahahahaha *evil laugh*
aduhh...tak kan nak ponteng kelas semata-mata pergi benda alahh tuhh?? dah lahh ingat kl ke kelantan dekat?? tambang murahh?? mahal tuu nak balik..haha..
*alasan lah semua nih, kalau dah tak nak tuu kan* 
^^


-owh, hye..sakit apa? boleyy saya bantu??- 
haha


p/s: sem 3 memang sangat-sangat best..sayang nak tinggal uia KALAU dapat..tapi pasti tak kan dapat...haha (^__~)






Monday, January 2, 2012

..happy new year 2012..


Assalamualaikum dunia
well..post ni hanya untuk merasmikan tahun baru 2012 laa..
mesty la kena rasmi kat blog..
nanti berhabuk pulak blog aku nih..
haha..

ok..aku dah 19 tahun!!! ooyeaahh..haha..mengikut tahun, mengikut bulan tak lagi..
bulan 5 baru rasmi 19..
owh, tahun terakhir sebagai budak belasan tahun..
nanti akan masuk angka 2 pulak..
hoho..
enjoy2..



hurm..
tahun baru??? 
tak lari la dari azam baru kan??
hurmm..azam aku??
pernah ke aku ada azam sebelum2 nih ek??
*macam tertanya-tanya*
haha..
tapi semua tuh biar lah rahsia..
yang penting aku nak tinggalkan 2011 nie dengan senyuman..
*boleh ke aku senyum?? macam banyak masalah jer..hoho*
2011 banyak kenangan doe untuk aku..
plkn nya, masuk uia nya..
hoho..macam2 kot..
hurmm..yang penting harungi 2012 nih dengan jayanya..
insyaALLAH..
2012 please be nice for me... 
=_=




sesungguhnya kita merancang, dan ALLAH juga merancang tapi percayalah perancangan ALLAH tuh lebih baik +bermanfaat untuk kita..insyaALLAH.. ^_^