Monday, November 2, 2015

kerja suka-suka

cuba untuk menulis bila tadi ada kawan bukak story pasal blog. rindu kott blog nie. feel like weyy dah lama sangat dah nie tak menulis. entahlah tak tahu mood rajin nak menulis tu hilang ke mana. dibawa angin sumatera kot. haha. padahal last entry bulan september kot, xdelah lama sangat ponn kan. tapi tu lah, kan carik blog time nak meroyan ja tapi sekarang nie kalau sewel sikit cari twitter dulu. tak rajin sangat dah nak log in blog niee. haish. 

tapi nak story jugak lah. hari nie kerja. tapi serious tak pernah pon terbayang terfikir termimpi nak buat kerja nie. entahlah rezeki datang tiba-tiba. walaupon dah terdetik hati bajet-bajet macam nak kerja sebab datang awal kat uia.*ada orang paksa datang awal. :p*. tak pernah datang awal uia walaupon cuti lama mane sekalipon. duduk rumah tu kan best. gaduh-gaduh dengan makhluk kat rumah tu best jugak sebab benda tu lah yang akan buat kita rinduuu. hehe. sebenarnya nak follow kawan aku budak-budak urp buat survey under kaed, dapat payment jugak tapi entahlah macam berat hati dan tiba-tiba dapat invitation untuk kerja tadi. macam best terus setuju. and seriously kerja jadi photographer nie penat lah jugak sebenarnya walaupon kerja aku tadi hanya pegang kamera record video sepanjang event tapi cabarannya tu lahh event kanak-kanak riang weh. penat nak suruh mereka ke tepi jangan halang kamera. bukan setakat mereka mak ayah pon sama. yelah excited anak kecik-kecik dah grad. mestilah nak ambik gambar jugak kan. aku yang tengok nie jealous.  teringat gambar pakai jubah lepas habis pra dedulu. balik nanti nak carik lah gambar tuu nak terobek sikit. hehe. 

baru-baru nie baru ja berazam nak belajar photoshop sebab sekarang nie memang satu advantage lah kalau pandai benda alah tuu lagi-lagi untuk aku budak planning nie. memang bermain dengan design ja. sampai bila nak pass dekat orang kan kerja-kerja design nie. tapi tu lahh semangat tu dia macam sekejap panas sekejap sejuk. masalah gak nak carik semangat rajin nak explore benda alah nie. lepas nie insyaAllah boleh lah kot sebab dah jumpa dah sifu yang boleh ajar benda nie. hope menjadilah lepas nie. boleh carik makan kot pandai benda alah nie. haish fatin belajar laa belajar. sampai bila nak harapkan orang nie, ish. ish. ish. 

okkk. tuu jeelaa setakat nie. jumpa lagi. sesungguhnya cinta kasih dan sayang takkan pernah hilang dari blog nie ;) 

Saturday, September 19, 2015

strong enough

Alhamdulillah dah selamat menghabiskan minggu kedua sem pertama nie. baru minggu kedua tapi sibuknya masyaALLAH dah macam bulan-bulan tak pernah cuti ja duduk uia nie. dah jadi budak second year dah. sadis baru second year di saat kawan-kawan lain dah third year. takpe fatin takpe. slow and steady laaa. takmau pikir takmau. dan point sebenarnya dah dua minggu survive hidup tanpa rumate aka kawan baik dulu. sekarang nie rumate baru semua junior yg aku tak kenal. tapi alhamdulillah semua ok. xde yang bermasalah pon. kot aku lah yg bermasalah nya. haha. baik la kan. boleh lah sembang. boleh saling gerak bangun sembahyang subuh tu pon dah kira syukur. mana nak cari rumate gtuu. budak irk kott. haha.

sape tak sedih? mestilah sedih. Tuhan ja tahu perasaan dalam hati nie bila kawan yang kau pernah rapat, kalau tak rapat pon kawan yg kau pernah berkongsi segala cerita tiba-tiba jadi macam kawan biasa. takdelah sampai tak kenal langsung kann. boleh ja lepak-lepak tapi dah tak macam dulu kann. i can feel the differences laa kann. tapi entahlah satu sudut lain aku rasa macam bersyukur jugak tak sebilik dengan kawan rapat nie. macam free. macam boleh ja buat apa-apa tanpa perlu nak pikir pasal orang. maksud aku, aku boleh ja nak pergi mana-mana tanpa perlu bagitahu dia dan buat dia rasa ditinggalkan. dah serik laa dapat gelaran lupakan kawan hanya kerana jarang lekat kat bilik, hanya kerana jarang makan sekali, hanya kerana aku selalu join society itu ini?

aku tahu hati aku macamane. aku tahu sensitif aku macamane. dan aku jugak tahu cara nak hilang segala rasa tuu macamane. prevention is better than cure kan? ada ja kawan ajak duduk sekali tapi aku sendiri dah berat hati dan memang takdir tak bagi ponn. lain level lain hari untuk prereg so berpisahlah kami semua. block jelaa sama. ok laa tuu. still boleh lepak sama-sama.

dan aku jugak tahu macamane cara aku nak hargai perhubungan. aku manusia yg sangat mnghargai benda tuu kott. tak kisah lah apa pun. keluarga ke, persahabatan ke, percintaan ke. aku hargai kot sebab tuu aku lah manusia yg paling sedih kalau tetibe orang yg aku rapat tu tak boleh nak faham aku. kesefahaman tuu penting kott. takkan tak boleh nak faham kawan kau? takkan lah hanya sebab kecil ja nak bergaduh lama-lama? aku pon ada ja benda yang aku terasa sampai nangis-nangis stress. tapi aku ok ja lepas tuu. masing-masing ada perangai masing-masing kot. belajar lah terima. aku tak cakap lah yang aku takde salah. mungkin salah aku laa tuu selalu tinggal dia, tak spend time dengan dia, tak layan lawak dia sangat, tak itu tak ini. tapi tuu lahh. sebab banyak sangat jadi, banyak sangat pendam sampai aku pon dah tak larat dah nak pendam. dan aku rasa ini lah benda terbaik. kawan biasa jelaa.

itu lah ada pepatah cakap orang yang kita anggap rapat tu lah tak mustahil akan jadi orang asing satu ketika nanti. macam dah serik dah. dan aku rasa kawan yang kau jarang jumpa, tapi bila jumpa boleh cerita itu ini tulah yang terbaik sebenarnya sebab even tak jumpa persahabatan tu tak putus. takde nak terasa kalau keluar pon tak ajak kann? sebab masing-masing ada life masing-masing kan? ade komitmen sendiri kan? pandai-pandai lah pikir. tak ke? dan aku rasa aku dah macam tak perlulah nak stresskan diri pasal benda nie. ramai lagi kot kawan kan? and aku teringat lah jugak akak aku cakap friend come and go. time belajar nie kawan ja dengan semua. nak rapat rapatlah tapi rapat macamne pon takkan boleh hidup 24jam selalu ponn, lepas habis belajar xtahu macamne lagi perempuan dah kawen kene ikut suami, bukan ikut kawan. haha lol. so steady ja. apa yg baik tu follow, tak baik xpayah follow. survive sendiri jee laa kann..

dan benda nie jugak sebenarnya ajar aku untuk berdikari. haha. yeye jaaa. tapi ye lahh jugakk berdikari lah jugak alert dengan masa. kalau awal pon boleh terus pergi tanpa perlu tunggu orang, kalau lambat pon tak perlu nak terasa sebab ade orang tinggal kau dulu ke. haha. perempuan macamnie laa complicated nya ya Rabbi. semua benda nak terasa. tapi takpelah aku sentiasa doakan yang terbaik. tak pernah terlintas untuk bermusuh ke ape. kawan kott. banyak kenangan. moga berhikmah.

last sekali moga mampu lalui sem nie dengan tabah. dah lah jadi apm sem niee. banyaknya komitmen dan tanggungjawab. markah bebudak studio macam di tangan pm dgn apm nie laa. moga mampu laksanakan tugas nieee betul-betul. dan moga result makin gempak. insyaALLAH amin. doakannn ! :)

Saturday, June 6, 2015

Cuti tahun kedua.

Maka bermulalah cuti tiga bulan di rumah. Hiks. Happy lah of course lah happy. Tapi baru realize satu benda yang aku tak pikir secara serious pon nak isi dengan apa cuti nie. Maksudnya nak kerja apa sebab selalunya aku dah pikir sebelum start cuti lagi sebenarnya. Tahun lepas jadi cikgu ganti tapi tahun nie dah takde rezeki. nak ganti akak aku pon dia dah terbersalin awal. So orang lain dah masuk dulu. tapi sebenarnya niat di hati nak habiskan buku-buku yang menanti untuk diberikan kasih sayang tu. Banyak kot stok buku. Harap mampu habiskan sepanjang cuti tiga bulan nie. "Bercintalah dengan buku nescaya kamu takkan kecewa." Eceh. :)

Ada satu hal yang lagi besar yang aku perlu settle kan dalam cuti nie jugak sebenarnya. Lesen. Ya lesen. Entah bila lesen L aku nak bertukar jadi P. Omg. Kenapa fatin umirah nie penakut sangat. Dah pernah failed sekali test jpj. Tak tahu lah next nanti. Well said, nampak ja brutal tapi gelabah gabra memang fatin umirah lah tu. Seriouslah, cuak kot pikir pasal lesen. Macam rugi ja amik awal. Tu baru test motor, kereta tak tahu lah macamane, tak bergerak kereta tu kot. Hahaha. Hmm. Macamane nak ada keberanian wey kalau naik benda alah tu pon tak pernah. tiba-tiba terus belajar ja. Sape nak ajar kat rumah nie. Akak aku memang tak lah, Kereta kat rumah pulak semua auto. Hmm. Kena habiskan jugak alang-alang dah belajar. Membazir duit ja. Nak lesen motor ja sebenarnya. Tu yang penting, nak rempit secara halal lah pulak, selama nie haram ja, Hahaks, dan niat terbesar nak bawak motor datang uia, tapi aku berani kerat jari ayah tak bagi, seriously, ayah takkan bagi walaupon aku dah ada lesen besar sekalipon. Ayah memang tak pernah harap anak dia bawak motor. Sadis. Sebab pernah accident, Ya. benda tu yang buat ayah ulang tayang sampai hari nie, bila lah aku nie nak nampak besar di mata ayah pon tak tahu lah, Hailaa ayah. Doakan aku berjaya capai impian nie. 

And lastly, moga dipanjangkan umur untuk bertemu bulan yang mulia. ramadhan al mubarak. moga diberi peluang untuk melakukan ibadah dan dipertemukan dengan lailatul qadr. Biiznillah. amin. 

Sunday, May 17, 2015

Fatin turns 22

Bismillahirrahmanirrahim.
Mulakan entry blog dengan lafaz assalamualaikum. Hai pembaca setia blog nie. Sihat? Harap sihat la ya. :P

Dah seminggu berlalu dari tarikh keramat tu. Sepatutnya dah lama entry nie ditulis tapi sebab keadaan yang sibuk maka hari ini baru berpeluang nak menulis dan publish la kot. Well, nak menulis pon kena cari kekuatan kot.

11 may 2015. Officially 22. Yeay. Tak ada benda yang buat aku gembira sambut birthday kali nie melainkan hari tu jugak hari portfolio day. Kau tahu apa yang paling membahagiakan bagi budak kaed? Bila tibanya portfolio day. Maksudnya lepas hari tu kau dah tak ada projek untuk ditatap setiap malam, kau dah tak perlu nak bertapa dekat studio buat kerja kau. Portfolio day adalah hari kemerdekaan bagi budak kaed. Hari dimana kau publish semua hasil karya kau selama satu sem kau belajar dan menunggu untuk dinilai oleh studio master kau. Menunggu markah dari studio master kau. K. Markah studio sem nie aku malas nak pikir. Letak tepi lah benda alah tu. Buat rosak mood ja. Redha jelah dengan apa yang bakal dapat nanti. Hmm. Airmata yang tumpah sebab projek tak terhitung tapi moga berhikmah. At least aku boleh rasa yang aku lepas cuma untuk dapat markah tinggi macam sem lepas jaminan tak ada dalam tangan. Takut lah jugak sebenarnya wey, tapi kena terimalah jugak kan. Pray for me.

Dah 22 tahun. Haha. Macam tak percaya je. K. Stalk balik entry blog sebelum-sebelum wajib ada entry bila birthday aku tiba. Baca balik wishlist sebelum nie macam banyak ja yang tak tercapai lagi. Dah la macam lucu pon ada. Kahkah. Gelak guling-guling. Bila nak matang nie. Selalu wish nak matang, tak matang-matang jugak. Apa nak jadi dengan awak nie fatin? lol.

Apa definisi matang? Kalau kakak aku yang matang di mata aku tu pon husband dia boleh cakap tak matang lagi, aku yang memang kanak-kanak ribena nie lagi la kan. Ye dok. Masalah besar nie. Kena cari solusi nie. Hahaha. Takpelah slow-slow fatin. Jadi diri awak ja fatin. No big deal lah. :)

22 wishlists.
Moga fatin umirah bt yusoff diberikan ketabahan, kekuatan, semangat dan kesabaran setinggi langit ketujuh untuk mengharungi sisa-sisa kehidupan di uia nie. Sebab panjang lagi perjalanan kat sini kan? Takkan nak give up. Takkan nak lemah? Takkan nak sia-sia kan airmata yang turun tu? Kan dah janji dengan diri sendiri, hati kena sado kan? Apa-apa pon yang jadi kan? Sebab nak bahagiakan mak ayah kan? Sebab awak kan harapan terakhir mereka. Sebab nak buktikan dekat abang-abang dan kakak-kakak awak yang awak pon boleh genggam segulung ijazah macam mereka kan? So kena kuat, kena bertahan kena belajar sampai habis. Kena ikhlaskan diri. Moga bantuan Tuhan ada disetiap perjalanan awak fatin.


Biiznillah.

Saturday, May 2, 2015

Because of PSA

Omg omg. Im one step to be a girly person. Maigod. Sejak bila aku berteater sejak aku menari sejak bila aku menyanyi wooiii. Xpernah buat benda alah tuu wehhh. Seriouss. Tapi sebab PSA punya pasal aku korbankan diri. Ppfftt. Penat wehh berlatih teater nieeee... Moga berbaloi..

Haha.. Lucu wehh. Pengalaman baru untuk 22 tahun hidup. K. Satu anjakan paradigma untuk seorang fatin. 

Planning student assembly. Wait for iium student bebehh. 


Wednesday, April 8, 2015

Antara ilusi dan fantasi




Saat hati cuba untuk ditutup hadir manusia yang cuba untuk membukanya kembali.

Antara percaya dengan tidak.
Antara serious dan main-main.

Aku sendiri tidak mengerti.
Dan pada akhirnya aku memberi jawapan yang mengecewakan.

Maafkan aku Tuhan andai aku kecewakan dia yang ikhlas.
Andai aku kecewakan dia yang jujur.

Andai dia orang nya yang engkau takdirkan untuk aku.
Kembalikan dia pada waktu masa dan hari yang tepat. 
Aku percaya dan yakin akan kententuan Mu.

Andai hati ini pemilik pada yang lain. Redhakan semuanya. 


Sunday, February 22, 2015

mudahkan. jangan susahkan.

Maka tamatlah cuti 4 hari aku kat rumah nie. Malam nie bertolak balik uia dah. Walaupun cuti sekejap tapi aku tetap nak balik rumah. Nikmat kot balik rumah. Jumpa family tu boleh buat kau lupa segala masalah. Lupa lah sekejap kerja yang bertimbun tu haa. haha. 

Cuti nie ada orang datang risik kakak aku. Datang tengok-tengok. Sedara lah jugak sebenarnya tapi tak kenal pon. Terkejut lah jugak kiteorang. sebab macam pelik sedara sendiri. tapi kalau dah jodoh nak buat macamane. datang tengok. then sehari lepas tu terus laki tu bagi jawapan yang dia setuju. akak aku pon cakap setuju lepas bincang jugak lah. istikharah semayang hajat. senang sangat kan? sebab tu kata, jodoh nie bila kita bersedia memang dia akan datang. tak susah pon benda nie. K. Lepas nie memang betul-betul buat aku forever alone lah kan. 

betul lah kan. bila lelaki tu serious nak kawen, dia memang akan datang jumpa mak ayah kita dan nyatakan hajat dia. bukan datang jumpa sesaje nak kenal-kenal rumah or nak makan-makan saja. bukan. datang dengan hajat. tak bawak family pon tak apa, kau terus terang pasal hasrat kau. kalau bawak family tu lagi nampak lah kan. laki yang datang risik akak aku nie mak ayah dia dah takde, tapi dia ade mak tiri. dia bawak mak tiri dia, adik beradik dia semua, pak sedara dia, ramai jugak datang penuh ruang tamu rumah aku. terkejut gak kiteorang. sedara dia tu lah yang jadi wakil dia. wakil berucap semua. family nak datang kenal akak aku lah so esoknya terus bagi jawapan. gitu lah. 

cerita kekakak dan abang-abang aku kawen memang bagi pengalaman pada aku. pengalaman untuk mencari yang terbaik untuk aku. macam mane majlis aku nanti. bukan nak cakap apa tapi aku sangat respect dan bersyukur dapat mak ayah, dapat family yang memang senangkan dan mudahkan hal nie. aku boleh cakap mak ayah aku sangat tak berkira, sangat-sangat menerima seadanya sapa yang serious dengan anak dia. ya Allah bersyukur sangat. letak keputusan dekat anak dia. sebab yang nak kawennya anak kan. bukan mereka. tak demand dlm segala hal. tak pernah letakkan syarat untuk anak dia cari pasangan yang macamane-macamane. tak pernah letak harga untuk anak dia sebab mereka tahu mereka bukan nak jual anak tapi mereka hanya ingin serahkan amanah pada yang berhak. yang ditakdirkan Tuhan untuk jaga anak mereka. aku memang nak nangis dalam hal nie.
kalau mak ayah aku berkira takkan dia terima kan orang yang taraf pendidikan rendah  dri anak dia kan? tapi tak. takpernah mak aku tengok benda tu. tak pernah. mak aku cakap dia sangat bersyukur ada orang nak dekat anak dia, asalkan boleh jaga anak dia sebaik mungkin pon dah cukup. hal lain semua xpenting. dan aku tahu abang-abang dan kakak-kakak aku pon bukan pemilih. bukan demand. bukan letakkan dunia tempat teratas. tapi akhirat. as long as kau ade agama, kau letak Tuhan tempat teratas takde sebab pon untuk tolak dia. 

ini cerita aku dalam bab nie selaku anak bongsu yang membesar bersama mereka. dan ini juga prinsip aku dalam hal ini. tak pernah demand yang setaraf, yang lebih tinggi atau yang kaya. bukan. bukan itu yang aku tengok. cukup kau ada agama cukup kau solat lima waktu cukup dengan janji yang kau akan terima baik buruk aku. itu sudah cukup bagi aku. senangkan jangan susahkan. aku tak pernah paham kenapa orang cakap nak kawen nie susah, nak kwaen nie perlukan duit berpuluh-puluh ribu. hah lucu. kau yang cari redha manusia ke redha Tuhan? seingat aku masa akak aku kawen dulu dia ade berapa ribu ja dalam tangan. tu pon kumpul duit gaji. majlis tetap berjalan. ok ja. apa yang susah? yang susah bila family kau demand kan macam, kau angan-angankan macam. kau nak itu nak ini. nak ikot gaya itu dan gaya ini. orang bersanding 3pasang baju kau pon nak tiru. segalanya kau nak tiru tapi takde. Allah. moga ku dijauhkan dari hal sebegitu. bersederhana tu lagi baik. insyaAllah.

HAHA. gelak pulak baca. macam aku pulak nak kawen. takdelah ini matlamat dan impian. takde calon pon kawen. takde orang nak. percayalah, takde orang yang akan terima perempuan mcm aku. ada penyakit yang perlu ditanggung. heeee. takpee. nie nasihat untuk orang yang nak kawenn. kiki. ;) 

Monday, February 16, 2015

hyperhydrosis

Artikel.

Mungkin ada dikalangan kita yang menghidap penyakit ini tetapi tidak menyedari apakah penyakit yang dihidapinya.

Hyperhidrosis ini merujuk kepada penyakit di mana seseorang itu mengalami peluh yang 
berlebihan. Peluh ini tidak berkaitan dengan senaman yang kita lakukan. 
Sememangnya kebiasaan bagi kita berpeluh apabila berasa gementar atau takut. 
Namun bagi penghidap penyakit ini mereka akan mengalami peluh yang terlampau banyak
sehingga boleh menitis. Walaupun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai penyakit 
berbahaya namun ia memberi kesan psikologi kepada penghidapnya. Mereka akan berasa segan 
dan malu untuk bercampur dengan orang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa
menyendiri dan mengalami tekanan.

Hyperhidrosis boleh berlaku kepada lelaki atau perempuan pada semua peringkat umur, 
tetapi kebiasaannya berlaku sejak kecil dan berkekalan sepanjang hayat sekiranya 
tidak diubati. Hyperhidrosis boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:


 1) primer ( idiopatik iaitu tidak diketahui punca)
 2) sekunder ( disebabkan penyakit lain seperti kencing manis,tuberkulosis(batuk kering), 
limfoma, obesiti, kehamilan dan menopaus).

 4 bahagian utama berlakunya hyperhidrosis:

  •  muka
  •  tangan 
  • kaki 
  • ketiak 


 Punca penyakit hyperhidrosis : Punca sebenar tidak diketahui dengan tepat.

  • Kemungkinan disebabkan penyakit ekrin kalenjar peluh di seluruh badan tatapi paling banyak di tapak tangan dan kaki. 
  • aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.
  • warisan keluarga. (hyperhidrosis boleh diwarisi)

Kesan Hyperhidrosis kepada penghidapnya :

  • Tidak dapat melakukan aktiviti harian.
  • Rasa malu apabila baju dan  tapak tangan basah.
  • perlu kerap menukar baju atau stokin.
  • enggan bersalaman atau berjabat tangan.
  • prestasi kerja terjejas.
  • malu untuk menyertai aktiviti sosial keluarga atau rakan.
  • tertekan
  • kecewa
  • kurang yakin diri.
  • masalah dalam hubungan intim.

Rawatan :
  • ubat anti peluh.(ada kesan sampingan)
  • ubat makan yang mengandungi ejen anti kolinergik.(ada kesan sampingan)
  • kaedah pengionan.
  • suntikan Botulinum Toksin A.
  • Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS). ( 99 peratus berkesan pada masalah tangan,
  • 90 peratus ketiak berpeluh,dan kaki 70 peratus).

Mungkin ada dalam kalangan kita yang menghadapi masalah ini dan diharap info ini dapat membantu anda 
dan menambah ilmu kita.



sumber: sini


---------------------------------------------------------------


aku dah lama redha dengan ujian Tuhan nie :)
tidak Allah bebani sesuatu melebihi kemampuan hambaNya.

keep strong. 

Friday, January 23, 2015

2015

you have let go of the past for the future to come.


long journey to go.