Saturday, February 27, 2010

~salam maulidur rasul~

hari nie 12 rabiul awal 1431 hijrah..
bersamaan dengan 26 februari 2010..
hari keputeraan nabi muhammad s.a.w..
 aku nak ambik kesempatan mengucapakan 
SALAM MAULIDUR RASUL 
kepada seluruh umat islam di dunia ini dan yang baca bl0g aku  nie..
 kalau nak bagi nasihat suruh k0rang lakukan sunnah rasulullah s.a.w. tu..
rasanya aku bukan lah se0rang yg layak..huhu..
tapi cukuplah sekadar aku mengajak k0rang untuk berselawat kepada rasulullah s.a.w apabila mendengar nama baginda disebut..
m0ga-m0ga dengan itu kita akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak disaat tiada se0rang pun yang b0leh men0l0ng kita kecuali syafaat dari rasulullah..
oookeh..insyaALLAH..sama-sama kita amalkan..
 


* terfikir aku, dengan d0sa yg bertimbun nie layak ker aku mendapat syafaat dari baginda???

*teringat aku pada cerita se0rang kd mase menghadiri tamrin naqibat hari tu tentang kekuatan,  kesabaran, keinginan dan rasa sayang nya kpd nabi telah mengatasi segalanya semata-mata ingin mendaki jabal nur dan melihat gua hira'..
tempat dimana nabi muhammad s.a.w menerima wahyu pertama..
keinginan nya itu telah mengatasi perasaan letih dan takut dia..bersusah payah dia mendaki kerana rasa sayangnya kepada baginda..ingin merasa sendiri perasaan baginda pada ketika itu...dia tu seusia dengan aku sebenarnya..sungguh bertuah dia..subhanallah...


Wednesday, February 24, 2010

~nilai tudung se0rang perempuan~

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

~lamanya....~

salam..
sudah lama rasanya tidak p0st sesuatu kat bl0g nie..
almaklumlah takde idea dan masa sebenarnya..
malam nie baru ada kesempatan nak online balik..
kalau di ikutkan hati..
seribu satu cerita nak dic0retkan dalam bl0g nie tapi keadaan tidak mengizinkan..
haha..ye ker????
memang banyak..nak meluahkan perasaan kan..tapi xpelah..
saya hanya nak p0st sesuatu yang saya rasa patut di k0ngsi dengan k0rang semua..
mula-mula sekali..mestilah p0st kat bawah nie..ok k0rang test sendiri k..
adakah k0rang memiliki otak sama dengan jantina k0rang..haaa..
acu cuba try test sendiri okeh~

 hari tu ada orang tegur saya..kenapa awak buat bl0g hanya nk menceritakan pasal diri awk sehari-hari..kenapa tak tulis pasal keagamaan macam bl0g2 yang awak f0ll0w atau bagi la nasihat ke apa yg berfaedah ker..
ok senang jer jawapannya..
saya hanya jawab sebab saya buat bl0g nie sekadar untuk suka-suka..
niat sebenar untuk menghabiskan masa cuti panjang bulan 12 tahun lepas jer..
tak de niat nak bagi tazkirah ker apa ke sebab saya rasa saya tak layak untuk memberi tazkirah pada orang..
lebih-lebih lagi dalam bl0g dan alam maya nie..dan saya bukan nya nk jadikan bl0g nie bl0g agama..
sebab tu lah saya lebih suka megikuti bl0g-bl0g yg saya rasa bl0g tu beragama untuk mendapatkan ilmu..
bl0g beragama??? haha..ade ker??  maksudnya bl0g yg membicarakan masalah agama laa..
tapi insyaALLAH saya akan p0st sesuatu yg sebegitu tapi bukan hasil tangan saya la..
maksud nya akn c0py paste dari orang lain laa..hehe..
b0leh kan???
perk0ngsian ilmu orang cakap..
insyaALLAH...

~otak perempuan dan otak lelaki~

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri..

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE


RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC


STUDY COMBINED WITH THE


EXPERIENCE OF YEARS


Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE


RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC


STUDY COMBINED WITH THE


EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.


p/s : alamak! mmg ade 6 la..tp saya kire mule2 pun 3 je coz arahan tu kate bce dlm15 saat je.. xkn otak saya otak lelaki kot heh.. :o :-\
hahaha..kelakarlah..kan nak cepat so tak dapat teng0k semua laa..haih..
hurmm..k0rang macam mana pulak???
try it ok~