j0m kaji makna disebalik tulisan kita!!!
Tulisan berubah-ubah
Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
Kecondongan tulisan
Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
Saiz tulisan
Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil – Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!
Bentuk tulisan
Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
Jarak tulisan
Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya
Tekanan
tekanan yang kuat - Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
tekanan yang ringan- Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Pada huruf J, G, Y, Z
ada ekor - Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
kecil dan tak sempurna- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Pada palang huruf kecil T (t)
tinggi- Tahap aspirasi tinggi
rendah- Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
tengah-tengah - Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...
ak sekarang nie dalam pr0ses nak tukar tulisan..
s0 ak un cari laan rahsia disebalik tulisan nie..
n result nyer memg 200% r same ngn ak..
memg t0l sejibik2...
haha..
tp de gak yang xbt0l..
jgn tertipu ea..
emm..
yang jenis tulisan uh..
tulisan ak sblm nie c0nd0ng ke kiri..
tp skunk ak nk tukar jadi c0nd0ng ke kanan lak..
cz de org cakap kat ku yang tulisan c0nd0ng ke kiri uh bersifat negatif la..
hidup d0wn jer..
uh...t0l ker???
tp xpelah..untuk kebaikan terpaksa laa..
n nak besarkan ckit cz cikgu2 asyik k0mplen jer cakap tulisan halus cam kuman..
haha..
tp cikgu..saya xreti la nk wat tulisan besar2 nie..
haih..mslh gak uh..law jadi terlebih besar kan masalah lak.
hurrmm..
p/s : yang warna hijau uh semua sal tulisan ak la 2..
hehe...
hehe...
No comments:
Post a Comment