Esok bakal
jejak kembali kaki ke uia. Dah sem 2 dah. Tapi aku masih terbayang-bayang result sem lepas. Result yang aku tengok
seminggu yang lepas. Tak tipu yang aku cakap aku sangat-sangat down. Demi ALLAH,
aku sangat kecewa. Sebab tak pernah sepanjang belajar aku dapat gtuu. Sem lepas memang pengalaman yang paling pahit aku sepanjang bergelar pelajar. Gagal. Yer aku
gagal. Dan sekarang aku tengah mencari semangat, tengah memotivasikan diri. Airmata?
Tak payah cakap. Memang peneman setia masa nie. Besar sangat ujian yang ALLAH
bagi nie. Tapi aku malu untuk cakap ujian tuh besar, sebab aku tahu ujian orang
lain lagi besar. Nie hanya cebisan ujian yang ALLAH bagi untuk aku muhasabah balik
kot apa aku buat sem lepas? Mungkin.
Repeat? Ya kali
pertama diuji dengan perkataan tuh. Bagi aku yang bukan jenis manusia yang
berpikiran positf memang tengok benda tuh macam berat jer. Susah sangat susah
untuk bagi motivasi pada diri yang memang sangat lemah nie. Hati dah rasa tak
mampu nak bawak. Macam-macam ujian yang aku tanggung sekarang nie. Hati dah
berbolak-balik. Tak mampu nak berpikir dengan waras. Hanya tahu menangis dan
meratap dalam diam. Aku hanya mampu memohon moga semua ada hikmah. Moga ALLAH
bantu disetiap perjalanan nie.
Disaat diri
diuji aku bersyukur ada kakak, ada kawan yang sentiasa bagi semangat. Sudi untuk
dengar segala masalah aku dan bagi aku kata-kata semangat yang sangat ohhsemm. Cuma
selebihnya, bergantung pada aku, nak ambik atau buang, kan? Mereka mungkin
boleh cakap itu ini, tapi aku yang perlu move on. Nak meratap, menangis,
meroyan macam nie atau move on kan? Aku kuat kerana mereka.
Tak tipu
cakap yang sem lepas aku memang sangat-sangat lost. Hati masih tak mampu nak
terima kos nie. Aku pon tak tahu apa yang aku belajar. Hati, otak, pikiran
susah nak hadam apa aku belajar. Masih mencari minat yang sebenar. Masih mencari
kos yang sesuai untuk aku. Dan aku realize, aku sebenarnya dah buat keputusan
salah. Ya, aku tahu. Dari dulu sampai sekarang. Aku memang selalu je amik benda
yang bukan jiwa aku. Tapi aku bersangka baik, ALLAH dah tetapkan aku kat situ
maka aku kena teruskan. Walaupun terpaksa. Betul ke apa aku buat? Aku rasa
macam masa depan dah gelap. Tak tahu halatuju. Lost. Sesat dalam cahaya
mungkin?
Untuk sem
nie, tak tahu lagi kehidupan aku macamane. Tak boleh nak bayang . Dan aku masih
mencari diri sebenarnya. Kena kuat semangat. Tak buleh stress. Kena pikir
halatuju aku.
Tulis
memang senang, nak buat perlukan semangat yang tinggi. Doakan aku dikuatkan
hati. Doakan aku supaya buleh berlapang dada. Doakan aku supaya positif. Ingatkan
pada diri aku yang semua nie ujian yang ALLAH bagi tanda ALLAH sayang. Ingatkan
aku. Terima kasih. J